13 Projek Renovate Rumah Bawah RM55,000 di Malaysia

Projek renovate rumah, sama ada dalam skala kecil atau besar memberikan banyak faedah kepada ruang dalaman kediaman anda.

Rumah anda akan dirasakan berbeza, segar dan diperbaharui sama ada anda memberikan nafas baru hanya kepada beberapa bilik atau ubah suai seluruh rumah.

Reka bentuk kediaman, saiz atau bahan binaan yang dipertingkatkan boleh memberi perbezaan yang ketara dalam peningkatan nilai jual semula kediaman anda apabila tiba masanya untuk anda menjual kediaman anda.

Walaupun projek pengubahsuaian boleh menyebabkan tekanan, mendapatkan bantuan awal daripada belanjawan dan perancangan yang betul dan disertai rangkaian kontraktor yang bagus boleh menghilangkan tekanan ini pada bila-bila masa.

Berikut adalah senarai projek pengubahsuaian bawah RM55,000 di Malaysia untuk memberikan sedikit inspirasi kepada kediaman anda.

Dapatkan sebut harga yang adil dan jujur dengan Recommend.my
Kami faham yang projek pengubahsuaian boleh mendatangkan tekanan. Anda perlu percaya dengan mereka yang anda upah. Mereka tidak membuang masa anda atau memberikan janji manis yang mustahil untuk dilakukan. Kontraktor kami akan memberikan anda jawapan yang jujur dan sebut harga yang adil, sesuai dengan bajet dan keperluan anda. Hubungi kami hari ini untuk berbincang mengenai pengubahsuaian kediaman anda.

Dapatkan Sebut Harga Pengubah

Sebaik sahaja dinding dan bilik tiada, loft yang luas kini tampak bergaya, sofistikated dan penuh bertenaga untuk memuatkan keluarga dan pasangan semasa penginapan jangka pendek mereka. Selepas melalui baik pulih dalaman, unit SoHo yang sudah siap ini mula menyerlahkan kemewahan modennya. Dengan transformasi kurang daripada RM50K, unit ini memaparkan ruang tamu mewah yang sedap dipandang mata berikutan warnanya yang nyaman dan selesa. Anda boleh membaca mengenainya di sini untuk maklumat lanjut.

Bajet: RM33,748

Hubungi Kumpulan R.Works 

Sumber

Kediaman RUMAWIP Dengan 2 Bilik Tidur yang Bergaya di Setapak, KL

Dibina untuk keluarga moden, unit contoh yang sudah siap ini telah menjalani transformasi kurang daripada RM50k. Ia mempamerkan ruang tamu luas yang seronok untuk dilihat. Ruang ini dilengkapi dengan warna cerah kuning dan biru yang membulatkan mata sesiapa sahaja yang memandangnya. Baca artikel penuh untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh mendapatkan ruang dalaman sebegini dengan usaha yang sedikit.

Bajet: RM50,000

 Whatsapp Kumpulan R.Works Untuk Sebut Harga

Sumber

Pangsapuri 2 Bilik di South View Serviced Apartment, Bangsar South

Pangsapuri 648 kaki persegi di Bangsar South ini sangat menyerlah dengan kabinet dapur terbina dalamnya, TV konsol dan almari gelangsar. Ia berjaya memaksimumkan setiap ruang yang ada di pangsapuri studio ini. Cermin sarang lebah unik menjadi titik fokus di antara ruang tamu dan dapur sementara dinding berteksturnya mencipta kedalaman dan memperibadikan keseluruhan reka bentuk kediaman.

Bajet: RM35,000

Dapatkan Sebut Harga Daripada Kontraktor Ini

Lebeau Interiors

Unit Studio di Galleria Equine Park Studio di Seri Kembangan, Selangor

Semua orang sukakan kediaman yang tidak bersepah, terutamanya apabila anda boleh mendapat rekaan kediaman yang bersih dan bergilap seperti di bawah! Cermin dari lantai ke siling memberikan ilusi kepada ruang sementara turut menaikkan tarikan keseluruhan kediaman. Pintu bilik mandi berwarna hitam berani, seterusnya, menyatukan peralihan di antara ruang tamu dan bilik tidur untuk kemudahan akses.

Bajet: RM 50,000

Dapatkan Sebut Harga Daripada Pereka Ini

Seven Design

Unit Studio di Summer Suite Condo di Kuala Lumpur

Dengan ruang kedesaan yang menjanjikan tarikan dan pengalaman menarik, kondo 495 kaki persegi di Kuala Lumpur ini terpancar dengan pelan lantai terbukanya. Dinding bata dari lantai ke siling, kabinet kayu dan aksesori kuning kunyit mereka menjadikan kediaman unik berinspirasikan industri moden dengan sentuhan modern sempurna untuk individu yang mahu menambah sedikit personaliti ke dalam ruang.

Bajet: RM25,000

Dapatkan Sebut Harga Daripada Pereka

Amorphous Design

Bilik Tidur 3 + 1 di Anjali North Kiara, Kuala Lumpur

Jika anda mahu meluaskan sebuah ruang kecil atau memeriahkan suasana, hiasan dalaman yang berbaloi adalah dengan menggunakan warna neutral seperti putih dan kelabu. Serupa dengan apa yang diperolehi di kediaman ini, warna putih suci pada dinding memberikan ketenangan moden yang bersih. Sementara itu, pemerincian tambahan seperti wainskot pada dinding memberikan hiasan dalaman mewah moden. Ini digandingkan pula dengan tarikan sofistikated yang dibantu oleh perabot kayu dengan warna seperti tanah.

Bajet: RM55,000

Dapatkan Sebut Harga Daripada Pereka Ini

OctoBuilders

 

Unit Bilik Tidur Bujang di Nadi Bangsar, Kuala Lumpur

Pernahkah anda terfikir bagaimana hendak mereka sebuah kediaman yang tidak ditelan zaman? Lihat dekat-dekat kediaman di Nadi Bangsar ini yang sarat dengan kabinet buatan sendiri untuk hiasan dalaman yang berguna dan terbina dengan baik. Ia akan bertahan selama bertahun-tahun lamanya. Warna kuning air lembutnya juga memupuk dalaman yang tenang dan lembut.

Bajet: RM30,000

 Dapatkan Sebut Harga Daripada Pereka Ini

Chemistry Design Studio

Kondominium 4 Bilik di Reflection Residence, Petaling Jaya

Tarikan Nordic sedang mengambil tempat di dalam kediaman rakyat Malaysia. Menggunakan warna putih sebagai warna utama dengan sentuhan hitam, biru dan kelabu, ia mencipta ruang dalaman yang tampak bersih yang bagus untuk reka bentuk kediaman yang bebas sepah. Ia dirangsangkan dengan perabot Scandinavia yang menakjubkan dan pencahayaan kontemporari. Ia lantas menjadikan kondominium 4 bilik ini memberikan ketenangan dan mengambil kesempatan dari cahaya siang semula jadi.

Bajet: RM45,000

Dapatkan Sebut Harga Daripada Kontraktor Ini

You Home Design

Kondominium 3 Bilik di BSP Skypark, Selangor

Jika anda pernah bersusah-payah menyusun perabot anda, usah tunggu lagi. Jadikan kelengkapan terbina dalam sebagai alternatif tetap. Memaparkan simpanan terbina dalam yang lebih daripada cukup, pangsapuri ini menggunakan dinding bersalut putih dan lekapan kayu untuk mempamerkan suasana harmoni dan dinamik. Setiap zon memberikan simpanan yang praktikal sementara menawarkan estetika yang mengagumkan pada masa yang sama.

Bajet: RM46,000

Whatsapp Kumpulan R.Works Untuk Sebut Harga

Rworks

 

Kondominium 2 Bilik Tidur di Suria Residence, Bukit Jelutong

Bekerja dengan bajet terhad adalah sesuatu yang mencabar. Tetapi ia tidak sepatutnya menghalang anda daripada memaksimumkan potensi kediaman anda. Siap hanya dengan sedikit pulasan dan tambahan seperti memasang sekatan di antara dapur lembap dan kering, pencahayaan ambien, kabinet terbina dalam dan siling palsu, ia mampu menawarkan kesederhanaan dan gaya.

Bajet: RM22,000

Dapatkan Sebut Harga Daripada Kontraktor Ini

Constex Builders

 

Hartanah 2 Tingkat di Cheras

Rekaan monokromatik selalunya disukai kerana kesederhanaan dan keharmoniannya di dalam sesuatu ruang. Oleh kerana ia adalah variasi warna yang sama, warna-warna monokromatik akan tampak sempurna di rumah. Jelas tentang bajet, gaya dan material, kediaman ini dilengkapi oleh sofa kulit berkualiti dan kabinet. Ia menyerlahkan hiasan dalamannya yang berinspirasikan Scandinavia yang memaparkan garis bersih dan ruang cerah.

Bajet : 40,000

Dapatkan Sebut Harga Daripada Kontraktor Ini

IIKO Concept

Kondominum 3 Bilik di Parkhill Residence, Kuala Lumpur

Ambien seperti tanah, jika dimainkan dengan betul, boleh memperlihatkan suasana mewah. Inilah yang sebenarnya berlaku di dalam kediaman ini di mana warna kuning air dan kehadiran kuning menarik mata, seterusnya memandu pelawat menerusi ruang. Bersandar pada penggunaan pertukangan kayu dan lantai marmar, ia menunjukkan ketenangan dan keanggunan. Gabungan unsur-unsur ini menyediakan pengalaman, terutama apabila ia mencipta seri di bawah cahaya siling.

Bajet: RM50,000

 Dapatkan Sebut Harga Daripada Kontraktor Ini

Lebeau Interiors

Mahu renovate rumah anda pada bajet yang terhad?
Recommend.my mempunyai satu daripada rangkaian terbesar yang menghubungkan beratus-ratus kontraktor renovate rumah di Malaysia di mana pakar kami mahir dalam pembinaan baharu sehingga kepada renovasi dan pembaikan. Hantarkan keperluan anda dan kami akan memadankan anda dengan pakar yang betul yang boleh memenuhi keperluan dan bajet anda.

Dapatkan Sebut Harga Pengubah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *