14 Dapur Basah dan Dapur Kering Praktikal di Malaysia

Sekiranya anda dibesarkan di Malaysia, istilah dapur basah dan dapur kering mungkin tidak asing bagi anda.

Pada dasarnya, dapur basah dan kering adalah jenis susun atur dapur di mana terbahagi kepada dua bahagian.

Dapur kering biasanya terdapat di bahagian rumah yang berhawa dingin, dan terbuka ke ruang makan atau ruang tamu. Ia boleh digunakan untuk penyediaan makanan seperti sarapan pagi, sandwic; atau aktiviti memasak yang ringan. Contohnya, anda boleh memasang ketuhar gelombang mikro atau ketuhar di dapur kering, serta sinki untuk meletakkan cawan-cawan.

Dapur kering juga dapat berfungsi sebagai kaunter bar, untuk keluarga dan rakan-rakan yang suka bersosial dan berbual sambil menikmati makanan ringan bersama-sama. Ini adalah tempat terbaik untuk meletakkan mesin kopi, penyejuk wain dan juga oven pembakar roti anda.

Pelan lantai dapur basah dan kering untuk unit kediaman di Setia Eco Glades, Cyberjaya
Di atas: Contoh pelan lantai dapur basah dan kering untuk unit kediaman di Setia Eco Glades, Cyberjaya.

Dapur basah, sebaliknya, adalah untuk aktiviti-aktiviti masakan yang lebih berat. Contohnya, kuali menggoreng bawang putih, cili padi dan sambal belacan. Untuk tukang masak yang lebih tradisional, dapur basah kebiasannya mempunyai periuk gas atau pembakar berintensiti tinggi.

Untuk mengelakkan bau masakan yang kuat lekat pada langsir dan kain di seluruh kawasan rumah, dapur basah biasanya dilengkapi dengan tingkap besar dan kipas pengekstrak atau cooker hoods.

Dapur basah juga dibina untuk memudahkan proses-proses pembersihan dilakukan. Contohnya, lantai dan dindingnya adalah jenis berjubin, dan kabinet boleh dinaikkan pada platform konkrit sehingga ruangan lantai dapat dicuci.

Berikut adalah beberapa contoh reka bentuk dalaman dapur di Malaysia yang menggabungkan reka bentuk dapur basah dan dapur kering.

Mengubahsuai dapur anda?
Recommend.my adalah Platform Pembaikan Rumah # 1 di Malaysia. Kami mempunyai beratus-ratus pakar pengubahsuaian dapur yang disahkan dan bersedia untuk membincangkan projek anda. Beritahu kami tentang rumah anda, dan kami akan mengesyorkan beberapa servis profesional untuk menghubungi anda.

Reka Bentuk Dapur Basah dan Kering untuk Banglo di Subang Jaya

Pada dapur yang bertemakan monokrom yang indah ini, dapur kering (di sebelah kanan gambar di bawah) menggunakan konsep kabinet berbentuk U dengan meja kuarza hitam sebagai countertop. Kaunter juga berfungsi sebagai tempat duduk bersama-sama dengan bangku bar, dan lampu jenis loket aluminium.

Design dapur kering kontemporari

Dapur kering dilengkapi dengan sinki serta ketuhar jenis terbina bersama-sama, sehingga pemilik rumah dapat menikmati proses penyediaan pemanggangan yang baik, sementara penyediaan makanan jenis bergoreng dan berasap dapat dilakukan di dapur basah, sekaligus proses menyediakan makanan menjadi lebih cepat.

Dapur kering design modern

Dapur basah mempunyai meja kuarza hitam yang serupa, dan di sinilah tempat memasak dan penyediaan makanan yang lebih berat. Pemilik unit memisahkan dapur basah dan dapur kering dengan menggunakan pengasingan dinding jenis kaca tempered dan pintu kaca untuk mengelakkan asap memasuki rumah. Malah dapur basah ini juga dilengkapi dengan kipas siling.

Reka bentuk dapur basah dan kering di Subang Jaya
Di atas: Reka bentuk dapur basah dan kering untuk banglo di Subang Jaya oleh Meridian Inspiration Sdn Bhd

 

Dapur Putih Moden untuk Rumah Berkembar di Subang Jaya

Bagi kediaman ini, dapur kering juga dilengkapi dengan sinki dan ketuhar yabng terbina dalam bersama-sama. Tetapi kitchen island jenis marmar yang indah di bahagian tengah inilah yang lebih menarik perhatian. Kitchen island di dapur kering sangat bagus untuk menjamu tetamu dan menyajikan minuman dan makanan ringan, disamping kawasan indah diterangi oleh lampu grafit dan loket tembaga. Pada waktu selain waktu makan, kitchen island bahkan dapat digunakan oleh keluarga sebagai tempat belajar atau membuat kerja.

Dapur kering design modern kontemporari

Bahagian dapur basah di sebelah dapur kering ini dibina sebagai penyambung ruangan dapur. Ruang itu dihiasi dengan jubin lantai beralih yang diperbuat daripada jubin porselin berwarna terang ke penggunaan jubin anti slip yang gelap. Untuk mengelakkan sebarang bau, dapur basah boleh ditutup dengan menggunakan pintu kaca jenis sliding.

Dapur basah di Subang Jaya
Di atas: Dapur basah dipisahkan oleh pintu sliding kaca di kediaman kawasa Subang Jaya. Reka Bentuk oleh Meridian Inspiration Sdn Bhd

 

Unit Semi-D di Sutera Damansara

Dapur kering di unit semi-d ini memberikan kesan yang jelas dan ketara melalui penggunaan panel dinding yang gelap dan tebal, yang disertakan dengan cermin besar yang menutupi seluruh dinding yang bertentangan. Di tengahnya adalah kitchen island gelap dengan permukaan pejal yang putih, memanjang ke hujung panel dapur. Ruangan dapur ini mempunyai ruangan sinki, dan kabinet yang banyak untuk simpanan yang selesa. Di sepanjang panel dinding gelap tinggi yang dibina khas, ketuhar jenis terbina juga menonjolkan bahagian depan hitam kabinet untuk diserasikan dengan ruangan bilik secara kesuluruhan.

Design dapur kering modern kontemporari gelap

Kaunter pulau di dapur kering modern

Memasuki dari ruangan dapur kering ke ruangan dapur basah, suasana berubah dari mood berani kepada praktikal. Dinding dan lantai ruangan dapur menggunakan jubin seramik yang tahan lasak, dan juga pada permukaan meja yang berwarna putih. Kabinet diperbuat daripada bahan berlaminasi putih, dengan corak alur-jari yang rata untuk menampilkan garisan bersih dan minimalis.

Reka bentuk dapur basah untuk kediaman Semi-d di Sutera Damansara
Di atas: Reka bentuk dapur basah untuk kediaman Semi-d di Sutera Damansara oleh Nice Style

 

Unit kediaman teres di Kajang East

Kawasan kediaman Kajang East oleh MKH Berhad dibina dari unit teres dua tingkat dengan binaan antara 1,837 sf dan 2,341 sf, bersama-sama 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi.

Pada kediaman ini, dapur kering termasuk kabinet serba putih di sepanjang dinding, dengan kitchen island putih yang berfungsi sebagai pembahagi semula jadi antara dapur kering dan ruang makan dibina. Kitchen island ini juga memberikan ruangan untuk jalan dari ruang tamu ke dapur basah.

Dapur kering modern kontemporari

Design dapur basah dipisahkan oleh pintu sliding kaca jenis frosted. Dekorasi berilhamkan kaca digunakan sehingga ke bahagian reka bentuk kabinet dapur berbentuk L.

Pintu kaca frosted memisahkan dapur kering dan basah untuk unit kediaman teres ini di Kajang East
Di atas: Pintu kaca frosted memisahkan dapur kering dan basah untuk unit kediaman teres ini di Kajang East. Oleh Nice Style

 

Long Branch Residences @ HomeTree, Kota Kemuning

Dapur kering di unit banglo ini memberikan unsur dan suasana ala-ala desa, pedesaan, dengan pintu bergerak yang membingkai tingkap dan ruangan pintu masuk ke bahagian dapur basah. Kaca pada kabinet depan pada atas pintu sliding berfungsi sebagai kawasan paparan, sementara lampu gantung jenis tembaga digunakan pada kaunter bar sederhana.

Dapur kering modern kontemporari

Di belakang pintu kaca sliding, design dapur basah dilengkapi dengan meja kuarza berwarna gelap, dengan jubin lantai beige sederhana untuk kerja-kerja pembersihan yang mudah setelah memasak atau menyediakan makanan. Meja bertona gelap dilengkapi dengan tingkap besar yang membolehkan banyak cahaya masuk. Namun, tidak ada ruangan untuk kabinet di sini, kerana pintu dan kabinet panel jenis bergerak memanjang ke ketinggian siling penuh diletakkan.

Dapur basah dengan meja kuarza hitam. Rumah di Kota Kemuning
Di atas: Dapur basah dengan meja kuarza hitam. Rumah di Kota Kemuning. Oleh MAA Design

 

Kondominium di Casa Tropicana

Bolehkah anda membuat reka bentuk dapur basah dan kering di ruang kondominium? Unit kondo ini adalah contoh yang sempurna. Dengan meja marmar tebal yang mewah dan island kitchen jenis marmar yang panjang, dapur kering ini memanfaatkan sebahagian besar ruangngannya. Ianya kelihatan moden dan anggun, dengan menggunakan elemen seperti lantai gelap untuk mewujudkan ruangan yang anggun antara ruang tamu dan ruang makan.

Kitchen island jenis marmar berfungsi sebagai meja makan, dengan lampu jenis overhead untuk menambahkan sentuhan kelembutan dan keanggunan ke dalam ruangan dapur tersebut. Dapur kering dibina secara terbuka ke ruang tamu, sementara ruangan pintu menuju masuk ke bahagian dapur basah.

Kitchen island jenis marmer dan kabinet untuk unit kediaman di Casa Tropicana
Di atas: Kitchen island jenis marmer dan kabinet untuk unit kediaman di Casa Tropicana oleh Pocket Square

 

Unit Rumah Berkembar Semi di Ecohill, Semenyih

Reka bentuk dapur kering klasik-moden ini mewujudkan kitchen island unik yang dari bongkah jenis konkrit, bersama-sama kaunter jenis lamina. Di sepanjang dinding pula, kabinet dapur tinggi berlaminasi bahan kayu semula jadi digunakan. Rak terbuka diterangi terang dengan trek lampu jenis LED untuk dijadikan kawasan paparan, menjadikan dapur kering lebih mirip seakan-akan kafe kontemporari.

Di luar pintu sliding kaca berbingkai keluli hitam, dapur basah diubah suai dengan susun atur berbentuk L, bersama-sama permukaan hitam sebagai countertop. Bahkan ada kipas siling kecil untuk pengedaran udara semasa memasak.

Dapur basah dan dapur kering untuk unit rumah berkembar di Semenyih
Di atas: Dapur basah dan dapur kering untuk unit rumah berkembar di Semenyih. Oleh Amorphous Design Sdn Bhd

 

Rumah Teres 3 Tingkat di Cyberjaya

Dapur kering minimalis di rumah teres ini mempunyai kitchen island anggun jenis kuarza kelabu, dengan rak lamina berwarna kayu beech semula jadi. Bahagian depan kabinet mempunyai tona alur-jari yang dipasang secara atas, dan bukannya jenis tarikan pintu atau tombol.

Dapur kering modern minimalis

Tema yang sama digunakan pada design dapur basah, di mana kabinet dinding menggunakan bahan lamina putih, dan kabinet di bawah menggunakan bahan laminasi beech dengan meja bertona kelabu yang serupa yang juga untuk menempatkan cooker hub Sebagai tambahan, bingkai keluli bersalut digunakan untuk memberikan sentuhan industri pada dapur minimalis.

Reka bentuk dapur minimalis untuk rumah teres di Cyberjaya
Reka bentuk dapur minimalis untuk rumah teres di Cyberjaya. Oleh Pocket Square

 

Setia Eco Glades, Cyberjaya

Kawasan Setia Eco Glades di Cyberjaya merangkumi fasa unit semi-d yang dikenali sebagai Ludwigia. Dengan ruang binaan seluas 3,200 kaki persegi, terdapat banyak ruangan untuk membuat reka bentuk dapur basah dan dapur kering.

Dalam reka bentuk ini, dapur kering dibuat dari susun atur kabinet berbentuk U, dengan satu hujung kabinet berlipat sebagai kawasan bar dengan bangku bar tinggi. Reka bentuk dapur kering merangkumi ruangan singki, ketuhar terbin, peti sejuk dua pintu, dan juga rak wain.

Memasuki kawasan dapur kering ke dapur basah, ruang ini juga berfungsi sebagai bilik dobi. Dengan keseluruhan dinding 3m yang digunakan, ruangan ini menempatkan kabinet dinding dan alas kabinet yang untuk periuk induksi, tudung periuk dan sinki berganda.

Dapur kering modern kontemporari

Reka bentuk dapur minimalis untuk unit semi-d di unit Setia Eco Glades di Cyberjaya
Reka bentuk dapur minimalis untuk unit semi-d di unit Setia Eco Glades di Cyberjaya oleh Pocket Square

 

Unit Rumah semi-D di Viridian, Cheras Idaman, Kuala Lumpur

Unit semi-d 3 tingkat ini mempunyai dapur kering jenis terbuka ke ruangan makan dan ruang tamu. Lantai jenis granit di ketiga-tiga ruang, membuatnya kelihatan kemas, dengan kaunter dapur berbentuk L berfungsi sebagai pembahagi semula jadi untuk ruangan tersebut. Di dapur kering, ketuhar mikro, ketuhar, dan singki telah ditambahkan.

Dapur kering klasik modern

Dapur basah boleh diakses di belakang pintu kaca berayun, dan di sana anda akan menemui peti sejuk besar, periuk gas, tudung periuk dan singki berkembar. Dapur basah juga mempunyai tingkap bersudut besar untuk pengudaraan yang lebih baik. Semua kabinet dibina di atas platform konkrit yang dinaikkan dan permukaan meja dan lantai yang diperbuat daripada jubin porselin untuk ketahanan dan kerja pembersihan yang mudah.

Susun atur dapur sudut untuk rumah Semi-D di Viridian, Cheras Idaman, Kuala Lumpur
Susun atur dapur sudut untuk rumah Semi-D di Viridian, Cheras Idaman, Kuala Lumpur oleh Moonlit Inspiration

 

Unit Banglo klasik moden di Setia Alam, Selangor

Untuk susun atur banglo ini, ruangan makan dan dapur kering dipisahkan dari ruang tamu oleh panel TV dan pembahagi kaca frosted yang tipis (gambar di bawah).

Dapur kering modern kontemporari

Melangkah masuk ke ruangan dapur kering, ianya dilengkapi dengan kitchen island jenis marmar, dengan deretan permukaan rata dan kabinet dinding pada dinding. Kabinet asas dan dinding memiliki kedalaman khusus yang tidak terlalu dalam, dimana latar belakang cermin ditambahkan untuk memperluas ilusi kedalaman.

Pulau dapur di dapur kering modern kontemporari

Di ruangan dapur basah, ruang terbuka menunjukkan kawasan ruang kaunter yang banyak. Bahkan ada kitchen island kedua untuk rakan dan keluarga berbual sambil menjamukan makanan.

Dapur basah dengan kitchen island untuk banglo di Setia Alam
Di atas: Dapur basah dengan kitchen island untuk banglo di Setia Alam oleh Klaas Interiors

 

2 ½ rumah jenis landed di Sunway SPK

Reka bentuk dapur basah dan kering ini merangkumi tema hitam dan putih dengan cara yang sangat bergaya. Dengan lamina putih reflektif yang meliputi sebahagian besar kabinet, kitchen island serba putih, dan kaki keluli hitam untuk kaunter bar, peti sejuk dan peralatan-peralatan lain juga berwarna hitam.

Menariknya, dapur kering juga mempunyai periuk induksi di kitchen island ini untuk kerja-kerja memasak yang mudah, dengan cooker hood yang dipasang di siling untuk menyerap bau masakan.

Dapur basah dengan kitchen cooker hood

Melalui pintu panel kayu gelap, dapur basah jauh kelihatan lebih sederhana, dilengkapi kabinet lamina serba putih, latar belakang kaca, dan periuk dapur gas dua untuk “wok hei” tambahan.

Reka Bentuk dapur monokrom untuk rumah bertingkat 2 di Sunway SPK
Reka Bentuk dapur monokrom untuk rumah bertingkat 2 di Sunway SPK oleh Movent Signature

 

Kondominium di SS2, Petaling Jaya

Untuk reka bentuk dapur basah dan kering ini, dapur kering berfungsi lebih seperti bar terbuka, kerana menghadap ke ruang tamu dan meliputi seluruh tersrbut. Terdapat bangku bar di sepanjang kitchen island yang diterangi dengan loket tembaga besar. Dapur kering juga dilengkapi dengan peti sejuk dan ketuhar dan singki terpasang, supaya para tetamu mudah selalu disediakan minuman sejuk atau makanan ringan yang hangat untuk mereka.

Dapur kering kontemporari

Dapur kering kontemporari dengan pulau dapur

Di bahagian dapur basah, lantai jenis granit diganti dengan jubin seramik yang lebih sederhana, dan kabinet pangkal panjang merangkumi pemegang di mana anda boleh menggantungkan tuala dapur. Terdapat juga periuk induksi dan cooker hood. Bahagian belakang latar juga dibina dengan menggunakan jubin 1 ″ x 8 in dalam susunan offset rawak untuk membuat dinding ciri yang unik.

Reka bentuk dapur gaya negara untuk kondominium di SS2, Petaling Jaya
Di atas: Reka bentuk dapur gaya negara untuk kondominium di SS2, Petaling Jaya oleh Lazern

 

Rumah teres superlink di Ipoh

Untuk kediaman rumah ini di Jalan Gopeng, para pereka membuat reka bentuk dapur basah dan kering yang berat dengan menggunakan tekstur kayu. Kitchen island kering mempunyai meja sudut yang unik, dan seluruh unit dibingkai dalam menggunakan lamina oak dengan corak butiran yang berbeza.

Dapur basah dapat diakses melalui dua pintu kaca berayun yang terpisah, dan kaunter dapur basah dibina dengan permukaan padat dan putih. Oleh kerana kawasan dapur basah mempunyai banyak tingkap besar, tirai jenis gulung telah dipasang dan bukannya kabinet dinding.

Dapur kering modern dengang pintu kaca

Sudut lain dari dapur kering di bawah. Di bawah kitchen island, para pereka menggunakan laminasi berkilat dengan garis corak beralur yang bersudut. Terdapat juga pembahagian kaca yang berbeza di kedua-dua sisi kaunter, dengan corak hexagon.

Kitchen island untuk dapur kering bagi rumah teres Superlink di Ipoh
Kitchen island untuk dapur kering bagi rumah teres Superlink di Ipoh oleh Hatch Design
Mahu mengubahsuai dapur anda?

Recommend.my adalah Platform Pembaikan Rumah # 1 di Malaysia. Kami mempunyai beratus-ratus pakar dan kontraktor dapur yang disahkan dan bersedia untuk membincangkan projek anda. Beritahu kami tentang rumah anda dan kami akan mengesyorkan beberapa servis profesional untuk menghubungi anda segera.

Leave a Reply

%d bloggers like this: