Kawasan Terkotor Dalam Setiap Rumah di Malaysia (Memang Tak Disangka!)

Di mana agaknya kawasan yang paling kotor di dalam rumah anda? Apa pula barangan yang paling menjijikkan dan mempunyai paling banyak bakteria? Atas almari? Belakang peti sejuk? Jawapannya pasti akan mengejutkan anda.

Sebenarnya kawasan-kawasan kotor ini selalu disentuh oleh anda kerana anda menyangka ianya bersih. Oleh itu, ia sering tidak dipedulikan. Kawasan-kawasan ini juga merupakan tapak bakteria membiak. Di Malaysia pula, gabungan cuaca yang dialami amat sesuai untuk pertumbuhan bakteria seperti kepanasan 30 darjah celcius dan lembap yang berterusan sepanjang tahun. Mari kita bincangkan beberapa kawasan yang paling kotor di dalam rumah anda supaya anda boleh mula merancang untuk membersihkan rumah.

Tombol Dapur

stove knobs

Mudah untuk dilihat mengapa kajian menunjukkan 27 peratus daripada tombol dapur sebenarnya melindungi kulat dan yis, manakala 14 peratus lagi mempunyai bakteria koliform. Ianya sentiasa dipegang ketika memasak dan selalu dibiarkan kerana susah untuk dicuci. Jadi, jika anda ingin membeli dapur memasak, pastikan tombol-tombol boleh dibuka dan boleh dicuci di dalam air sabun yang suam. Sumber foto

 

 

Kain Dapur

kitchen cloth

Kalau anda pergi ke ‘mamak’, naluri anda mesti tahu yang kain digunakan untuk mengelap meja memang tidak cukup bersih. Tetapi apabila balik ke rumah, anda juga melakukan perkara yang sama. Kaunter dapur anda tidak akan bersih secukupnya jika dilap menggunakan kain dapur. Kerap berhubung dengan makanan menggalakkan bakteria permukaan. Dalam sebuah kajian pada tahun 2008 yang juga melibatkan Malaysia, 90% kain dapur didapati gagal ujian bakteria, dengan lebih 100,000 bakteria setiap sentimeter persegi.

 

 

Botol kicap, bekas rempah dan perisa

kicap bottle

 

Pernahkan ini berlaku kepada anda: anda sedang memerap seketul ayam mentah untuk digoreng malam ini. Anda kemudian tersedar bahawa anda memerlukan lebih perisa. Mungkin garam, atau jintan putih, atau pun kunyit. Apakah yang akan anda lakukan? Segera mencuci tangan dan mencapai bekas perisa bukan?

Ini bukan langkah yang bagus kerana kesan daging mentah yang tidak tertanggal daripada tangan anda, walaupun telah dicuci, boleh berpindah ke permukaan bekas dan menyebabkan pembiakan bakteria salmonella.

 

 

Sinki Dapur

Turkey thawing in kitchen sink
Turkey thawing in kitchen sink

Kajian sama yang dijalankan ke atas kain dapur juga menunjukkan bahawa sinki dapur anda juga agak menjijikkan. Malah, sinki bilik air adalah lebih bersih daripada sinki dapur. Ini disebabkan oleh beberapa perkara. Pertama, anda menggunakan sinki dapur untuk membasuh daging mentah. Kedua, kebanyakan orang memberi lebih perhatian kepada membersihkan bilik air daripada dapur. Oleh itu, 46 peratus sinki dapur juga gagal dalam ujian bakteria. Sumber foto

Tahukah anda bahawa ayam mentah tidak sepatutnya dicuci?

 

 

Keyboard / Astro Kawalan Jauh

Don't eat your cheezels in one hand and hold Astro remote in the other

Sedikit perkongsian ironi di sini: saya pernah melihat orang yang bersin ke atas tangan mereka, kemudiannya mengambil remote Astro dan menukar saluran ke Discovery Home and Health. Ramai juga di antara kita yang selalu makan di depan computer, bukan? Agak-agak, mana perginya semua serpihan biskut itu?

 

Pemenangnya: Span mencuci pinggan anda!

dishwashing sponge

Inilah sebenarnya kawasan paling kotor di dalam rumah. Menurut sebuah kajian, span mencuci pinggan adalah 200,000 kali lebih kotor daripada kerusi tandas! Anda boleh menjumpai bakteria staph, yis, kulat dan bakteria koliform di atasnya. Ironinya, inilah juga alat yang anda gunakan untuk mencuci. Cara paling berkesan untuk membasmi kuman di atas span ialah dengan memasukkannya ke dalam oven mikro pada kuasa penuh untuk beberapa minit. Sumber foto

 

Ingat lagi tak?

 

 

Perlu mendapatkan perkhidmatan pembersihan?

Recommend.my boleh membantu anda mencari perkhidmatan pembersihan di dalam Malaysia. Ahli-ahli profesional kami boleh mengatur untuk pembersihan berjadual atau pun melakukan pembersihan menyeluruh sekaligus. Dapatkan sebutharga dalam masa beberapa jam sahaja dan buat pilihan anda berdasarkan ulasan dan sokongan pelanggan-pelanggan yang lain.

 

Leave a Reply