Ini adalah kos untuk memastikan rumah anda bersih di Lembah Klang

Selepas seharian penat bekerja, perkara terakhir yang anda mahu lakukan ialah membersihkan kediaman anda.

Tetapi, jika anda tidak melakukannya, tugas-tugas cuci rumah tersebut akan mula mengumpul. Pakaian yang perlu dibasuh, bilik mandi yang perlu dibersihkan, dan lantai yang perlu dimopkan;  senarai tugas-tugas akan juga berterusan.

Jika anda mempunyai masa yang terhad dalam memastikan rumah anda bersih, anda mempunyai dua pilihan: iaitu mendapatkan pembantu rumah secara langsung, atau mendapatkan perkhidmatan dengan pekerja pembersih separuh masa.

Melainkan jika anda mempunyai keperluan-keperluan khas yang lain seperti mempunyai anak-anak atau ibu bapa yang uzur di rumah, maka anda mungkin tidak langsung memerlukan penolong domestik sepenuh masa. Sebaliknya, perkhidmatan pembersihan separuh masa adalah lebih  menjimatkan kerana mereka hanya perlu datang beberapa kali dalam seminggu.

Dapatkan servis pembersihan rumah anda dengan mudah!
Gaya hidup yang terlalu sibuk atau terlalu letih untuk membersihkan rumah anda selepas hari yang panjang? Serahkan kepada pekerja-pekerja profesional untuk mengendalikan semua kerja pembersihan untuk anda sementara anda duduk dan berehat di rumah bersih sepanjang hari!

Tetapi, apakah kos perkhidmatan pembersihan rumah di Malaysia, khususnya di kawasan KL atau Lembah Klang? Berikut adalah harga-harga pembersihan untuk rumah dan kediaman:

Harga untuk perkhidmatan pembersihan rumah (Kuala Lumpur / Selangor)

 

Home Cleaning Service

 

Walaupun kadar ini tidak berubah sama ada anda memerlukan 1, 2 atau 3 pekerja untuk melawat rumah anda bagi setiap sesi, adalah lebih baik jika anda mendapatkan jenis sesi yang konsisten agar pekerja-pekerja pembersihan anda dapat membuat perancangan yang lebih baik.

Harga di atas adalah andaian sekiranya sesi pembersihan adalah sekali seminggu. Jika anda memerlukan pekerja untuk pembersihan rumah anda yang lebih kerap (contohnya dua atau tiga kali seminggu), ianya boleh juga diatur tanpa sebarang caj tambahan.

Apa yang termasuk dalam perkhidmatan pembersihan rumah kami?

Perkhidmatan pembersihan rumah jenis biasa termasuk:

  • Vakum atau menyapu lantai
  • Mengemop lantai
  • Membuang sampah-sarap
  • Mengelap permukaan dan tingkap
  • Membersih dan menyental bilik mandi serta mangkuk tandas
  • Mencuci kawasan-kawasan lain termasuk bilik tidur, bilik mandi, ruang tamu, ruang makan, dapur, alur depan dan balkoni

Pekerja pembersihan rumah anda boleh mengenakan bayaran tambahan jika anda memerlukan mereka menyediakan peralatan pembersihan mereka sendiri, seperti mop, penyapu, pembersih vakum, sabun-sabun dan deterjen, span dan berus, kain pengelap, baldi dan tong sampah.

Kos tambahan purata untuk membekalkan peralatan-peralatan pembersihan ialah RM30 bagi setiap sesi, tanpa mengira tempoh sesi tersebut.

Apa yang tidak termasuk?

Perkhidmatan dobi / cucian pakaian, seterika pakaian, melipat pakaian dan mencuci pinggan mangkuk adalah tidak termasuk dalam sesi pembersihan asas. Jika anda memerlukan tugas-tugas ini secara tetap, anda boleh memberitahu pekerja-pekerja pembersihan yang anda telah dapatkan agar mereka dapat menganggarkan masa tambahan yang diperlukan (atau menyusun aturkan tugas-tugas yang anda mungkin tidak perlukan).

Juga, tugas-tugas di atas jika  mengandaikan anda memerlukan sesi pembersihan secara tetap. Tetapi, jika anda perlu mengupah pekerja untuk pembersihan sewaktu musim perayaan (contohnya sebelum Tahun Baru Cina, Hari Raya atau Deepavali), anda perlu memaklumkan kepada pekerja bahawa anda memerlukan tugas-tugas tambahan (contohnya mengelap kipas siling dan siling lampu).

Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah servis pembersihan rumah di atas tidak sesuai jika anda baru selesai membuat pengubahsuaian rumah, atau pencucian rumah selepas penyewaan. Bagi situasi-situasi ini, anda perlu mendapatkan pembersihan selepas penambah baikan rumah, atau pembersihan pemindahan.

Mengapakah mendapatkan perkhidmatan pembersihan rumah profesional dari Recommend.my?

Tempah sesi pembersihan seterusnya dari Recommend.my

Menjimatkan masa. Manfaat terbesar yang anda dapat dari perkhidmatan pembersihan adalah menjimatkan masa. Dengan begitu banyak perkara yang perlu dilakukan dalam sehari, ianya lebih baik mengetahui bahawa anda boleh mengupah pekerja dan pasukan yang mahir untuk melakukan banyak perkara.

Jumlah masa yang anda dapat jimatkan juga dapat digunakan dengan lebih baik, seperti meluangkan masa bersama keluarga, bersosial bersama rakan-rakan, atau juga untuk anda berehat.

Tempahan mudah. Isi borang tempahan dalam talian untuk mendapatkan sebut harga dengan segera bagi perkhidmatan pembersihan rumah anda. Pekerja yang telah disahkan akan menghubungi anda untuk mengesahkan tempahan sebaik sahaja anda menghantar borang dalam talian.

Jadual tetap. Apabila anda membeli pakej cuci rumah, rumah anda akan dibersihkan secara pasti mangikut jadual yang tetap, tanpa adanya tugasan pembersihan yang terkumpul. Uruskan masa dan sesi anda bersama pekerja yang diupah supaya memastikan anda berada di rumah apabila mereka tiba.

Hasil yang cepat. Melakukan pembersihan sendiri mengambil masa yang lama. Tetapi dengan satu pasukan profesional yang datang ke kediaman anda secara berjadual,  tugas-tugas dapat dilakukan dalam waktu yang tertetap, dan anda boleh menambah lebih tugas-tugas lain jika diperlukan.

Ketenangan fikiran. Semua servis pembersihan kami datang dengan jaminan perkhidmatan selama 14 hari dan bersama-sama jaminan perlindungan daripada kerosakan, kecurian atau liabiliti awam.

Dapatkan servis pembersihan rumah anda dengan mudah!
Gaya hidup yang terlalu sibuk atau terlalu letih untuk membersihkan rumah anda selepas hari yang panjang? Serahkan kepada pekerja-pekerja profesional untuk mengendalikan semua kerja pembersihan untuk anda sementara anda duduk dan berehat di rumah bersih sepanjang hari!

1 thought on “Ini adalah kos untuk memastikan rumah anda bersih di Lembah Klang”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *