Kondominium Mont Kiara 1800sqft ini mendapat makeover dengan hanya RM50K

Unit kondo dengan 4 bilik ini pada mulanya kelihatan hambar sehingga pemilik rumah mendapatkan R.Works, sebuah firma reka bentuk dalaman di Malaysia untuk menjadikan rumahnya sebagai sebuah kediaman moden yang direka indah.

Pelanggan adalah wanita bekerjaya dan kebiasannya tiada di kediaman tersebut, tetapi menginginkan rumahnya menjadi tempat bersantai yang mudah dijaga. Ketika dia membeli unit kondo tersebut, ianya sudah pun memiliki kabinet terbina di dapur, almari pakaian di semua bilik tidur, penyaman udara di sekitar rumah, dan juga kitchen island.

Setelah berunding, para pereka membuat visual 3D luar biasa ini berdasarkan permintaan dan gaya hidup pelanggan.

Mengenai Residensi Harmoni 2

Dibangunkan oleh Brem Holding Berhad pada tahun 2019, Harmoni 2 Residence adalah sebuah kondominium pegangan bebas, 54 tingkat di Bukit Prima Pelangi berhampiran Mont Kiara, Kuala Lumpur, dengan keluasan tanah seluas 60 ekar dan terdiri daripada 598 unit pada 3 menara blok.

Berbagai kemudahan terdapat pada kondominium tersebut, seperti kolam renang, area BBQ, ruang sauna, gimnasium, ruang serbaguna terbuka, ruang permainan, dan taman permainan kanak-kanak.

Unit ini dibina seluas 1.872 kaki persegi, dengan 4 + 1 bilik dan 4 bilik mandi.

Pelan lantai untuk unit Jenis D2, Harmoni 2 Residence Mont Kiara
Pelan lantai untuk unit Jenis D2, Harmoni 2 Residence

Kontemporari dan praktikal

Sambil memenuhi keperluan antara pelanggan dan kemahiran pasukan reka bentuk, pelanggan memberikan beberapa gambar dari Pinterest untuk konsep idea yang diminati. Idea utama adalah agar kediamannya menjadi konsep industri yang rapi, berestetika dan praktikal.

Pelanggan berminat dengan warna kelabu bersama-sama lapisan simen tetapi tidak mahu corak ketara yang tidak konsisten. Oleh itu, para pereka menggunakan laminasi bertekstur industri bertonakan kelabu yang menyerupai warnanya, bukannya menggunakan bahan simen sebenar.

“Saya sengaja memilih beberapa bahan bertekstur industri tetapi halus untuk mengelakkan ketidakkonsistenan, seperti yang diinginkan oleh pelanggan”

– Alexis, Pereka Dalaman, R.Works

Reka bentuk konsep industrial sebenarnya sukar untuk dijaga sehingga pereka dalaman harus melonggarkan konsep perindustrian dengan mengintegrasikan beberapa elemen kontemporari.

Tona warna, panel sliding, dan kelengkapan keluli matte di ruang makan menambah aspek industri bersama-sama beberapa sentuhan yang anggun termasuk cermin bertonakan dan berlamina kelabu.

Pemandangan balconi di ruang tamu condo Harmoni 2 Mont Kiara
Pemandangan pada ruang makan dan ruang tamu sebelum reka bentuk dalaman reka bentuk dilakukan
Visualisasi reka bentuk 3D untuk ruang makan dan ruang tamu Harmoni 2 Mont Kiara
Visualisasi 3D untuk ruang makan dan ruang tamu

Pereka bentuk juga menemubual pelanggan mengenai gaya hidup beliau. Oleh kerana beliau selalu melakukan lawatan kerja ke luar, beliau mahukan kediaman yang mudah dijaga. Keluarga beliau akan datang berkunjung sesekali, itulah sebabnya beliau juga menginginkan ruang santai untuk meluangkan masa seharian di dalam rumah.

Pemandangan dinding ruang tamu dan dapur Harmoni 2 Mont Kiara
Pemandangan dinding ruang tamu dan dapur sebelum reka bentuk dalaman selesai
Reka bentuk 3D untuk ruang tamu, ruang makan dan dapur
3D untuk ruang tamu, ruang makan dan dapur
Ruangan dinding unit condo Harmoni 2 untuk reka bentuk
Ruangan dinding unit
Reka bentuk 3D pada dinding utama ruangan makan Harmoni 2 Mont Kiara
Reka bentuk 3D pada dinding utama ruangan makan

Beberapa cabaran yang dihadapi oleh para pereka adalah permukaan dinding yang tidak rata pada ruangan makan dan bilik tidur utama, yang menjadikannya sukar untuk merancang reka bentuk yang sempurna. Pada mulanya, pemilik ingin menutup ruangan tingkap dan mempunyai katil yang menutupi ruangan secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, pemilik-pemilik unit tidak dibenarkan membuat sebarang penghubahsuaian major yang akan menjejaskan bahagian luar kondominium dan menyekat akses pada tingkap.

Sebaliknya, para pereka menemui penyelesaian yang lebih baik dan membina panel sliding pada tingkap. Dengan cara ini, kontraktor masih boleh mengakses tingkap sekiranya berlaku kebocoran atau kecemasan.

Pemandangan bilik tidur utama reka bentuk Harmoni 2
Pemandangan bilik tidur utama
Tingkap bilik tidur Harmoni 2 sebelum reka bentuk
Pemandangan dinding bilik tidur utama dengan permukaan dinding yang tidak rata dan bertingkap kecil
Reka bentuk 3D bilik tidur Harmoni 2 design industrial
Visualisasi bilik tidur utama dengan cermin betonakan kelabu dan panel dinding berlamina

Perubahan besar yang dibuat dalam unit ini ialah kabinet ruang makan, dinding utama di ruang tamu , meja rias bilik tidur dan panel sliding, langsir, lukisan dinding, dan lampu.

Hasil yang luar biasa

Dengan mempertimbangkan semua perincian, pereka R.Works mengikut visual 3D dengan elemen kontemporari moden yang kuat dan susun atur dalaman yang kemas.

Reka bentuk interior Harmoni 2 konsep industrial
Bahagian dalaman ruang tamu yang lengkap

Ruang bercirikan kontemporari ini dirancang bertemakan konsep perindustrian yang anggun dengan tona kelabu dan perabot minimal. Ia juga membolehkan banyak ruangan lantai dan lokasi untuk meletakkan sofa berbentuk L yang besar. Meja kopi logam berseni diletakkan di tengah-tengah, yang juga memberikan unsur kepraktisan dan estetika.

Memandangkan perabot-perabot ini dibeli secara asing daripada kedai perabot dan boleh digerakkan kemana-mana pada bila-bila masa, pelanggan mempunyai kebebasan untuk mengubah kedudukannya kemudian. Tetapi dengan bersama-sama perundingan yang diberikan oleh pereka, kedua-dua pihak dapat memastikan projek yang dilakukan adalah bersesuaian.

“Untuk barang perabot, saya akan mengesyorkan beberapa kedai kepada pelanggan. Beliau akan mengambil gambar dan meminta pandangan saya sebelum membeli”

– Alexis, Pereka Dalaman, R.Works

Dinding utama dan konsol TV bertekstur simen dengan reka bentuk industrial
Dinding utama dan konsol TV pada ruang tamu

Ruang ini juga dilengkapi dinding utama yang bercirikan konkrit di belakang konsol TV. Untuk mengikut corak konkrit sebenar, para pereka mengubahnya menggunakan lamina buatan yang berteksturkan industri.

Konsol TV berinspirasi marmar hitam, menggunakan bahan yang sama dengan panel dinding, bersama-sama tekstur batu hitam. Bahan-bahan yang digunakan adalah berkualiti tinggi tetapi dengan harga yang berpatutan.

Pemandangan pada ruang tamu dan balkoni Harmoni 2 konsep industrial
Pemandangan pada ruang tamu dan balkoni

Pintu sliding berketinggian penuh dari lantai ke siling membolehkan cahaya matahari semula jadi memenuhi ruang tamu tersebut. Penggunaan tingkap yang dipilih adalah tirai berat dilapisi dengan lapisan nipis untuk kawalan kemasukan cahaya yang lebih baik.

Bahagian dalam dapur, ruang makan, dan ruang tamu dengan reka bentuk konsep industrial
Bahagian dalam dapur, ruang makan, dan ruang tamu yang lengkap
Dapur kering dengan kitchen island reka bentuk design industrial
Dapur kering dengan kitchen island yang telah dipasang.

Kitchen island di kawasan dapur kering juga adalah sama, diserikan dengan dua lampu gantung untuk memberikan kesan kontras pada tona kelabu yang sedia ada.

Kawasan dapur kering dengan panel sliding kelabu reka bentuk konsep industrial
Kawasan dapur kering dengan panel sliding kelabu yang memisahkan kawasan dapur basah

Panel sliding yang memisahkan dapur kering dan dapur basah adalah salah satu elemen industri yang ditunjukkan oleh pereka, dan ini merangkumi keselesaan pada bahagian dalaman secara keseluruhan.

Dinding runag makan bertekstur simen dan reka bentuk industrial
Pemandangan dinding pada ruang makan

Di sisi lain, ruang makan juga dilengkapi almari panel dinding konkrit yang serupa untuk ruangan simpanan yang mencukupi, bagi menyembunyikan permukaan dinding yang ada di belakang. Di tengahnya, sudut lebar terbuka dibina untuk memaparkan foto, tumbuh-tumbuhan, dan pelbagai hiasan-hiasan milik pemilik rumah.

Cermin kelabu pada latar kabinet diletakkan untuk memberikan sentuhan kelicinan bersama-sama jalur LED tersembunyi yang memancarkan pencahayaan hangat bagi memberikan nuansa suasana yang nyaman.

Panel sliding bilik tidur di belakang kepala katil di bilik tidur utama konsep rumah industrial
Panel sliding bilik tidur di belakang kepala katil di bilik tidur utama

Di bilik tidur utama, panel kepala tempat tidur adalah salah satu cara yang genius untuk menyembunyikan ruangan yang tidak rata dan memperbaiki masalah ruangan tingkap yang terbuka. Panel di kepala tempat tidur dibuat dari bingkai aluminium hitam matte yang tahan lama, cermin kelabu, dan kepingan laminasi berkualiti.

“Cermin biasanya digunakan untuk membesarkan pemandangan ruangan di suatu kawasan. Ia menjadikan ruangan kelihatan lebih luas”

– Alexis, Pereka Dalaman, R.Works

Sliding panel dinding bilik tidur menggunkan tekstur industrial dan cermin hitam
Panel sliding boleh dibuka dari pelbagai sisi

Panel dinding sliding ini juga berfungsi sebagai dinding utama. Satu ciri pintar dari panel sliding ini adalah bagaimana ia dapat dipindahkan dari sisi ke sisi untuk mengakses tingkap dan rak kayu kecil yang dipasang di belakang untuk ruangan simpanan tambahan.

Meja rias bilik tidur konsep industrial
Meja rias di bilik tidur utama, pada belakang pintu

Antara cara bijak memanfaatkan ruangan atau sudut mati, meja rias unik ini direka dengan pelbagai ruangan komponen untuk penyimpanan yang mencukupi. Cermin solek yang dibuat khas memancarkan cahaya putih lembut, kerana sudut itu sendiri yang agak sedikit gelap.

Bahagian rumah yang lain seperti dapur dan bilik mandi adalah tetap sama dan dikekalkan, seperti yang disediakan oleh pemaju. Almari pakaian, kabinet, kitchen island, peralatan kebersihan, dan peralatan dapur telah juga telah dipasang sebelumnya oleh pihak pemaju.

Bilik mandi Harmoni 2 Mont Kiara
Bilik mandi di bilik tidur utama
Dapur basah Harmoni 2 Mont Kiara
Di dalam kawasan dapur basah

Tempat tinggal yang anggun

Pemilik unit ini sangat gembira dengan pengubahsuaian kediaman barunya, yang selesa bersama-sama harga berpatutan. Sebagai seorang wanita berkerjaya, R.Works mengendalikan semua rancangan rekaan dan menyesuaikan reka bentuknya mengikut kehendak pelanggan.

Butiran Projek

Lokasi: Harmoni 2 Residence, Bukit Prima Pelangi, Kuala Lumpur

Saiz harta tanah: 1,872 kaki persegi

Harga: RM45-50k

Tujuan: Reka bentuk dalaman

Jenis bentuk: Perindustrian-kontemporari dengan tona kelabu

Kerja yang dilakukan: Kabinet ruang makan dan panel dinding, konsol TV dinding utama, kepala tempat tidur / dinding bilik tidur utama, langsir, lukisan dinding, dan unsur-unsur pencahayaan.

Mahu rumah anda kelihatan seperti ini?

Di Recommend.my – platform perkhidmatan kediaman nombor 1 di Malaysia, kami adalah platform utama bagi pereka-pereka dalaman dan pengubahsuaian yang boleh dipercayai dan telah disahkan untuk mengubahsuai kediaman anda. Sekiranya anda menyukai R.Works dan reka bentuknya, anda boleh menghubungi atau WhatsApp mereka di sini.

Recommend.my juga merupakan platform utama untuk semua keperluan penyelenggaraan kediaman anda. Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan seperti kerja-kerja perpaipan, pendawaian elektrik, pembersihan rumah, kerja-kerja pembaikan, atau servis pendingin hawa, kunjungi laman web kami dan buat tempahan. Profesional perkhidmatan kami akan menghubungi anda dengan segera!

Dapatkan sebut harga reka bentuk dalaman
Berfikir untuk mengubahsuai kediaman anda? Dapatkan sebut harga dan lawatan tapak PERCUMA dari pereka-pereka dan kontraktor-kontraktor kami di Recommend.my!

Leave a Reply

%d bloggers like this: