Rumah-rumah teres di Malaysia ini penuh dengan reka bentuk dalaman yang bergaya

Tahukah anda bahawa rumah teres adalah jenis kediaman yang paling banyak ditemui di Malaysia? Kini, rumah kediaman jenis teres mengambil 44% daripada semua jenis dan bentuk harta tanah atau kediaman di Malaysia.

Sebenarnya, rumah jenis teres telah wujud sejak abad ketujuh belas, ketika kerajaan Belanda mula membinanya di Melaka.

Meskipun, reka bentuk rumah teres telah berubah sejak zaman dulu sehingga ke hari ini, terdapat banyak ciri umum bagi rumah teres yang masih terus wujud hingga kini. Contohnya, rumah teres biasanya mempunyai 1, 2 atau 3 tingkat. Binaannya memanjang tetapi ruangannya masuk ke dalam, dan tempat tinggal dan dapur biasanya di tingkat bawah, manakala bilik-bilik tidur adalah di tingkat atas.

Cabaran reka bentuk dalaman rumah teres

Dimensi rumah teres di Malaysia biasanya antara 65 hingga 80 kaki dalam, dan selebar 18 hingga 25 kaki. Jika unit rumah teres tersebut adalah lot hujung atau sudut, satu-satunya sumber cahaya tingkap dan pengudaraan akan datang dari bahagian depan atau belakang unit rumah.

Ini menimbulkan cabaran bagi pereka-pereka dalaman kerana semua reka bentuk dalaman yang baik harus memaksimumkan penggunaan cahaya semula jadi bagi memperluas lagi penampilan ruangan dalam.

Salah satu perkara yang paling biasa dilakukan oleh pemilik rumah ketika mereka membeli rumah teres bertingkat adalah memperluaskan dan mengubahsuai dapur, dan membuat kawasan dapur basah di bahagian belakang. Ini membolehkan mereka melayan tetamu di kawasan dapur kering sambil mengalihkan proses memasak yang lebih berat ke ruang separa luar di belakang, iaitu di kawasan dapur basah.

Berikut adalah beberapa contoh idea dan reka bentuk dalaman rumah jenis teres untuk memberi inspirasi kepada projek pengubahsuaian anda sendiri!

 

Rumah Teres yang Memukau di Pulau Glades, Pulau Pinang

Rumah teres yang indah ini mempunyai cahaya yang meresap masuk dari setiap sudut rumah, sekaligus mewujudkan suasana terbuka dan mesra. Pereka dengan jayanya dapat menyesuaikan susun atur ruangan terbuka ini yang dipadankan dengan lantai kayu, sekaligus menggabungkan ruang tamu dan ruang makan menjadi satu untuk kemudahan sekeluarga.

Ciri yang paling menawan di rumah ini adalah penggunaan perabot kontras yang disepadankan bersama, dengan menggunakan nada dan aksesori terang dan gelap untuk mewujudkan sebuah kediaman anggun dan bersifat sederhana.

Terrace home exterior modern porch design

Terrace home modern contemporary living room design

Terrace home kitchen stairway modern design
Projek oleh Archiplan Interior Design
Dapatkan Sebut Harga Percuma

 

Pengubahsuaian Rumah Teres yang Menakjubkan di Bandar Puteri, Puchong

Kediaman berseri di Bandar Puteri, Puchong ini menggunakan tema mono dan digandingkan dengan perincian kayu bersama-sama sentuhan perincian marmar. Lampu siling yang tersembunyi di ruang tamu rumah juga melengkapkan bahagian dalaman yang lain sambil memberikan pencahayaan lembut ketika keadaan di luar gelap. Permaidani bercorakkan kotak-kotak yang menarik di ruang tamu turut dijadikan sebagai titik tumpuan bagi seluruh ruangan tersebut.

Modern light-filled kitchen monochrome color palette kitchen design

Modern contemporary black and white theme living room design

Susun atur yang paling menarik adalah di bilik tidur kanak-kanak ini, yang menarik perhatian kerana bahagian dalamannya yang cerah dan feminin dan sesuai, amat sesuai sekali bagi golongan gadis muda.

Bright princess purple and pink girl's bedroom design
Projek oleh Klaas Design and Build
Dapatkan Sebut Harga Percuma

 

Rumah Teres Superlink yang elegan di Shah Alam

Rumah ini menggunakan dinding dan siling yang berwarna putih, yang dipadankan dengan perabot kayu gelap untuk mewujudkan suasana mewah di kediaman ini. Reka bentuknya anggun, bersih dan berfungsi, kerana adanya kabinet dapur berwarna oak, bersama-sama lantai kayu yang memberikan persekitaran yang menarik, ringan dan tenang, menjadikan keseluruhan idea reka bentuk ini sangat sesuai untuk kediaman keluarga.

Neutral modern minimalist living room terrace home design

Neutral toned modern kitchen terrace home design

Modern bright walk in wardrobe terrace home design
Projek oleh Signature Kitchen
Dapatkan Sebut Harga Percuma

 

Rumah teres di Taman Greenwish di George Town, Pulau Pinang

Sedia untuk diterujakan oleh kediaman ini yang disuntik dengan idea ala-ala Skandinavia, bersama-sama fungsi yang menarik, kelihatan luas dan lapang serta elegan ini. Idea ini amat sesuai untuk mereka yang menghargai corak visual minimal dalam bahagian dalamannya. Dengan menggunakan kombinasi kayu ringan dan dinding bertona putih untuk membuat kediaman ini kelihatan mewah, namun bersederhanam kediaman di Georgetown, Pulau Pinang sememangnya mencorakkan dan mempamerkan unsur-unsur Skandinavia yang hebat.

Scandinavian bedroom design terrace home

Scandinavian living room terrace home design
Projek oleh Nevermore Design
Dapatkan Sebut Harga Percuma

 

Rumah teres moden di Setia Eco Glades, Cyberjaya

Dengan begitu banyak reka bentuk yang anda boleh pilih, maka, amat penting untuk anda menentukan susun atur yang betul bagi memenuhi keperluan keluarga anda. Rumah yang diilhamkan oleh Scandinavia ini mempunyai jubin bata putih yang digilap, bersama-sama perabot yang rawak untuk memberikan ketinggian tekstur dan unsur-unsur warna ke dalam bilik. Tona putih, kelabu dan hijau pucat yang tenang juga membantu mengekalkan ruangan yang cerah, sekaligus kelihatan sungguh aman dan menyenangkan lagi-lagi setelah pulang dari seharian bekerja.

Muji terrace home living room design

Minimalist muji terrace home living room design

Muji minimalist terrace home kitchen design
Projek oleh Pocket Square
Dapatkan Sebut Harga Percuma

 

Ingin mereleasasikan inspirasi reka bentuk ini ke kediaman anda?
Dapatkan pautan kepada ratusan pereka-pereka dalaman yang disahkan dan profesional, bagi membantu membina kediaman impian anda. Dari pengubahsuaian, reka bentuk dan juga perundingan, pakar-pakar bidang kami sedia membantu untuk mencorak setiap langkah bagi membantu anda mendapatkan kediaman yang telah lama anda inginkan. Dapatkan lawatan site, rundingan dan sebut harga terperinci secara percuma mengikut keperluan dan citarasa anda hari ini!

Dapatkan lawatan site dan sebut harga PERCUMA!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: