Main Services
Location grey

Ia menyediakan khidmat katering untuk pelbagai majlis besar ataupun sederhana di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan serta selatan Perak, Pahang Tenggara dan utara Negeri Sembilan. Majlis katering yang sering dikendalikan termasuk kenduri kahwin, seminar, konvokesyen, hari keluarga, majlis aqiqah, berkhatan, rumah terbuka, jamuan di pejabat, pakej makan untuk kursus dan lain-lain.

Ia juga sedia menguruskan majlis secara pakej seperti pakej menyediakan peralatan, pelayan, kanopi, dewan, PA system dan seumpamanya yang berkaitan. Kesemuanya diusahakan agar menepati lunas-lunas agama Islam (bagi yang beragama Islam). Bagi umat Islam, sebenarnya syariat tidak menghalang untuk kita merealisasikan segala keperluan kita, malah ia akan menambah keberkatan dalam sebarang apa yang kita lakukan. Kami di DéliRasa Catering sedia membantu pelanggan kami untuk menyusun majlis mereka dengan sebaik mungkin agar dapat menepati ciri ini.

Pakej-pakej katering yang disediakan oleh kami bermula dari pakej katering ekenomi, seterusnya pakej sederhana dan eksklusif (mengikut permintaan pelanggan).