Suri Catering & Event Services

  • Member since
     2014
  • 208
     views

Suri Catering & Event Services Sdn Bhd (SCES) yang pernah dikenali sebagai Suri Catering Sdn Bhd adalah sebuah syarikat katering dan pengurusan majlis yang kukuh dan terkenal dalam mengendalikan perniagaan katering makanan dan minuman serta segala kelengkapan majlis rasmi atau tidak rasmi. Sejak tahun 1989, syarikat kami telah menempah nama dalam perusahaan katering umumnya di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Shah Alam & Putrajaya.

SCES diasaskan oleh Pn. Sharifah Sharizad Binti Syed Alwi Shahab, yang kini sudah mencecah 21 tahun, sememangnya dikenali ramai sebagai pengusaha makanan bermasak Islam yang menitikberatkan mutu, kualiti kebersihan , dan makanan lazat yang memenuhi citarasa semua lapisan kaum. Kami juga mampu menyediakan pelbagai makanan bermasak Melayu yang halal, hidangan antarabangsa, hidangan Ala Koktail, hidangan Jawa (Indonesia) serta lain-lain juadah yang bercorak muhibbah.

SCES berpengalaman luas dalam menyediakan perkhidmatan katering serta seluruh kelengkapan majlis serta susun atur acara majlis yang pasti memuaskan hati pelanggan. Daripada majlis yang ringkas hinggalah ke majlis-majlis rasmi di sektor, kerajaan, swasta mahupun individu. Kami mempunyai kakitangan yang cekap dalam pengendalian makanan dan operasi, kanopi dan seluruh kelengkapan dan pengurusan majlis serta layanan eksklusif kepada tetamu-tetamu yang hadir. SCES juga menyediakan khidmat perundingan majlis kepada pelanggan dalam membantu untuk menjadikan majlis lebih bermakna dan sempurna contohnya dalam memilih tema atau konsep.

Kini, senarai pelanggan SCES semakin meluas dan terus berkembang dari masa ke semasa disebabkan mutu perkhidmatan katering yang berkualiti, bersih, kemas serta memenuhi standard. SCES telah mewujudkan satu pasukan kakitangan yang cekap dan professional untuk mengendalikan pelbagai majlis agar sentiasa konsisten dan terbaik. Faktor inilah asas serta kunci kejayaan kami.

Show less

Recently Completed Jobs

Service & Area

Service Provided

Areas Served

Returning customer?

Login to reorder with discount vouchers

Login Now

Get Quotes

Want this pro to give their price estimate? Please choose one of their services below:

Returning customer?

Login to reorder with discount vouchers

Login Now