Cara Produktif Bersiap Sedia Untuk Rumah Terbuka

Banyak yang perlu disiapkan supaya anda bersedia untuk menerima kedatangan ahli keluarga dan rakan-rakan ke rumah terbuka anda. Membeli atau pun membuat sendiri hidangan, dan juga membeli perhiasan ataupun perabot baru.

Tetapi persiapan ini semua memerlukan banyak kerja. Bagi tuan rumah, ia boleh menjadi satu tekanan dan ramai yang jatuh sakit selepas perayaan.

Satu cara untuk memastikan majlis rumah terbuka Hari Raya anda bebas dari stress dan tekanan ialah dengan mengurangkan persiapan yang berkaitan. Kami akan terangkan beberapa perkara yang boleh diserahkan kepada tenaga profesional agar anda boleh meluangkan lebih masa dan fokus kepada keluarga anda.

Dapatkan sebut harga untuk rumah terbuka anda!

Hanya isikan borang dengan maklumat seperti tarikh majlis, lokasi dan sebagainya. Kami akan hantarkannya ke pembekal perkhidmatan yang kami syorkan. Mereka akan memberikan respon dengan anggaran kos mereka berserta dengan beberapa cadangan. Layari Recommend.my untuk maklumat.

1.     Upah khidmat katering rumah terbuka

Satu cara untuk melegakan tekanan ‘beraya’ ialah dengan mengupah katerer profesional untuk menyediakan makanan-makanan tradisional seperti sate, roti jala, rending, lemang dan pelbagai kuih-muih. Anda juga boleh menjamu hidangan istimewa anda sebagai tambahan kepada makanan yang ditempah.

Dapatkan sebut harga katering rumah terbuka di Recommend.my

hire a caterer

Atas: Catering oleh Bagus Event, Petaling Jaya

 

2.     Upah pembantu untuk membersih

Tetamu akan mengunjungi rumah anda dan anda juga akan kerap mengadakan rumah terbuka sepanjang bulan Hari Raya ini. Untuk bersiap sedia, kebanyakan tuan rumah akan melakukan pembersihan yang menyeluruh di rumah agar ianya selesa untuk dikunjungi tetamu. Dengan mengupah pembantu untuk membersih rumah, anda akan melegakan banyak stress dan tekanan. Anda juga mungkin perlukan perkhidmatan ini apabila perayaan berakhir agar rumah anda kembali seperti sediakala, sebelum semua kemeriahan ini bermula.

Dapatkan sebut harga perkhidmatan pembersihan di Recommmend.my

hire a cleaner

Atas: CA Cleaning, Cheras

 

 

3.     Upah jurugambar / juruvideo

Rumah terbuka selalunya dipenuhi dengan saat-saat gembira dan anda pasti ingin mengabadikan saat-saat ini di dalam gambar dan juga video. Anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk mengupah seorang jurugambar atau juruvideo untuk merakamkan sambutan di rumah anda atau pun di majlis pejabat anda. Tentu sekali anda akan dapat menghargai sambutan ini di tahun-tahun yang akan datang serta mengembalikan kenangan saat-saat istimewa ini.

Dapatkan sebut harga jurugambar | Dapatkan sebut harga juruvideo

hore a pgotographer

Atas: potret keluarga Studio oleh Stories.my

 

 

4.     Adakan Majlis Korporat Hari Raya Besar-besaran

Upah perkhidmatan perancang majlis untuk membantu anda mendapatkan hiburan dan dekorasi dengan tema yang istimewa. Ia boleh memberikan satu kelainan kepada rumah terbuka yang biasa dan pasti akan menjadi bahan bualan tetamu anda. Amat sesuai untuk majlis korporat serta majlis yang melibatkan perhimpunan keluarga besar.

Sewa Perancang Acara

throw a big raya party

Atas: acara Hari Raya di Eastin Hotel, tweet oleh RafiuddinRoddin.

 

 

5.     Aksesorikan Majlis anda dengan Karaoke / Booth Foto / Hiburan ‘Live’

Lengkapkan majlis anda dengan muzik dan penghibur. Anda boleh menempah perkhidmatan professional untuk memasang kelengkapan karaoke audio-video, booth foto atau meriahkan lagi suasana dengan dendangan sebuah kumpulan muzik ‘live’.

Dapatkan sebut harga untuk A setup / peralatan V | Sewa perkhidmatan pondok foto | Sewa hiburan secara langsung

accessorize your party

Atas: Photo booth oleh MySnappy

Hari Raya adalah masa untuk meraikan, bukan tekanan. Dengan mengupah khidmat luar seperti perkhidmatan-perkhidmatan di atas, anda pasti akan dapat menikmati sepenuhnya waktu anda bersama keluarga dan rakan-rakan.

 

 

Dapatkan sebut harga untuk rumah terbuka anda!

Hanya isikan borang dengan maklumat seperti tarikh majlis, lokasi dan sebagainya. Kami akan hantarkannya ke pembekal perkhidmatan yang kami syorkan. Mereka akan memberikan respon dengan anggaran kos mereka berserta dengan beberapa cadangan. Layari Recommend.my untuk maklumat.

5/5 (1)

Was this article helpful?

Leave a Reply