Senarai harga pest control untuk lipas, semut, pepijat, anai-anai dan tikus di Malaysia

Tahukah anda terdapat beratus-ratus makhluk perosak boleh tinggal dan membiak di rumah anda?

Setiap tahun, anai-anai bertanggungjawab terhadap kerosakan struktur yang bernilai RM40 juta di Malaysia.

Pada tahun 2017, sebanyak 82,840 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara, yang menyebabkan 171 kematian.

Mari kita ingat juga akan makhluk bahaya di kediaman seperti tikus, lalat, dan lipas yang membawa patogen seperti salmonella, Leptospira, dan kolera – yang boleh mengundang banyak penyakit termasuk cirit-birit, demam, sakit kepala, kekejangan perut, dan muntah-muntah.

Apa yang paling teruk adalah perosak-perosak ini cenderung untuk membiak berkali ganda dengan sangat cepat. Jadi, membuangnya sangat susah.

Cara terbaik untuk menguruskan makhluk tak guna ini adalah dengan mengupah pakar dari perkhidmatan kawalan makhluk perosak.

Kenapa saya perlukan perkhidmatan kawalan makhluk perosak?

pest control services in malaysia

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan pemilik kediaman adalah menyangka yang kediaman mereka bebas daripada makhluk perosak kerana mereka kerap membersihkan kediaman.

Hanya kerana anda tidak nampak perosak ini tak bermakna yang anda tiada masalah dengannya. Kebanyakan makhluk perosak hidup dan membina sarang mereka di kawasan yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Tikus dan lipas, contohnya, boleh muat melalui rekahan dan mereka makan apa-apa sahaja. Ini menjadikan ia makhluk yang sangat senang menyesuaikan diri yang boleh tinggal di mana-mana sahaja di dalam rumah anda.

Tikus juga boleh mengunyah kayu dan konkrit. Ini akan mencipta laluan kepada makhuk perosak lain untuk memasuki rumah anda.

Di samping itu, rama-rama dan pepijat (dan lipas) boleh tinggal dan bertelur di permaidani, sofa dan di belakang kabinet anda juga!

Tetapi makhluk perosak yang paling susah ialah anai-anai.

Makhluk pemusnah ini tertarik kepada kayu dan akan menyebabkan kemusnahan besar kalau anda tidak mengesan kewujudannya dengan cepat (anda perlu ingat yang insurans kediaman anda tidak meliputi kerosakan yang disebabkan oleh anai-anai), jadi anda mungkin terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk kerja pembaikan.

Inilah sebabnya kenapa ia penting untuk mendapatkan perkhidmatan kawalan makhluk perosak.

Juruteknik terlatih akan mereka kaedah tertentu untuk menghapus, menghindar, atau mencipta perlindungan jangka panjang kepada harta dan keluarga anda.

Macam mana saya nak buat jadual perkhidmatan kawalan perosak ini?
Saya tahu anda akan tanya. Hantarkan keperluan anda sekarang dan pakar di sekitar kawasan anda akan memberi maklum balas dengan sebut harga PERCUMA.

Apakah yang menentukan harga kawalan perosak?

Ada beberapa faktor yang memberi kesan kepada penentuan harga:

  1. Saiz dan lokasi hartanah: Semakin besar saiz hartanah anda, makan semakin banyaklah masa yang diambil untuk juruteknik merawat kawasan yang terkesan dengan perosak.
  2. Jenis perosak: Menguruskan lipas memerlukan prosedur dan kaedah yang berlainan daripada menguruskan lebah, anai-anai dan tikus. Dalam kata lain, sesetengah makhluk perosak memerlukan kaedah yang lebih rumit dan mungkin melibatkan kos yang lebih tinggi.
  3. Situasi serangan: Tahap serangan perosak juga memberi kesan kepada penentuan harga. Kalau anda menghadapi serangan perosak yang serius, pakar mungkin memerlukan lebih banyak alatan dan bahan kimia untuk membuang perosak ini.
  4. Kekerapan lawatan: Bagi serangan perosak yang teruk, tindakan susulan dan lawatan berulang mungkin diperlukan. Sebahagian syarikat ada menawarkan banyak pakej yang melibatkan lawatan setiap suku tahun, setiap setengah tahun atau setahun sekali.

Berapa harga purata bagi setiap lawatan kawalan perosak?

pest control services in malaysia

Lipas, nyamuk dan semut:

Menurut Thomas dari BlueLeafs Pest, harga purata bagi kawalan makhluk perosak untuk merawat masalah lipas dan semut adalah dengan melihat kepada saiz hartanah. Pakar akan meletakkan gel umpan dan menyembur racun perosak di dalam rumah anda.

Biasanya, bayaran yang dikenakan untuk menghapuskan lipas dan semut adalah seperti di bawah:

<1,000 kaki persegi = RM150

<3,000 kaki persegi = RM180

3,000 – 5,000  kaki persegi = RM250

Tikus:

Harga untuk rawatan terhadap serangan tikus biasanya ditentukan oleh kawasan yang terkesan dengan serangan. Juruteknik akan datang untuk memeriksa kawasan anda untuk menentukan sama ada sumbernya adalah dari dalam atau dari luar sebelum mereka dapat merawat kediaman anda dengan ubat halau tikus.

Oleh itu, bergantung kepada skala masalah, harga purata biasanya bermula dari RM200-500.

Pepijat:

<999 kaki persegi = RM450

1000-2999 kaki persegi = RM500

3000-5000 kaki persegi = RM650

Anai-anai:

Thomas juga mengatakan yang rawatan anai-anai menggunakan kaedah yang dikenali sebagai mengumpan anai-anai. Oleh kerana anai-anai dikenali untuk makan kayu, umpan boleh diletakkan di premis yang dilalui oleh anai-anai tersebut seperti perabot kayu dan sebagainya.

Secara asasnya, umpan akan diletakkan untuk dimakan anai-anai. Anai-anai yang terkena jangkitan akan membawa umpan balik kepada koloninya dan menjangkiti anai-anai yang lain. Proses ini mengambil masa kira-kira 2-3 bulan untuk sarang musnah sepenuhnya racun anai-anai.

Kos untuk mengumpan anai-anai adalah seperti berikut:

1 – 999 kaki persegi = RM1100

1000 – 1999 kaki persegi = RM1200

2000 to 2999 kaki persegi = RM1300

3000 to 3999 kaki persegi = RM1400

>4000 kaki persegi = RM1500-5000

Perkara lain untuk dipertimbangkan sebelum mengupah pakar kawalan perosak

Selain daripada sebut harga purata kawalan makhluk perosak, faktor-faktor ini juga harus diambil kira:

  1. Ulasan Pelanggan: Semak rating, ulasan, testimoni perniagaan dan halaman Facebook mereka untuk membaca maklum balas daripada pelanggan sebelumnya. Membayar sebut harga paling murah tidak selalunya bermaksud yang anda akan mendapat perkhidmatan berkualiti.
  2. Pengalaman dan Pengetahuan: Pakar kawalan perosak yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang cukup akan dapat menyediakan penyelesaian dan jawapan kepada masalah makhluk perosak anda.
  3. Lesen dan sijil yang betul: Semak semua dokumen dan minta salinan label racun perosak yang menunjukkan cara produk sepatutnya digunakan.
  4. Langkah keselamatan dan produk: Adalah penting untuk pakar bercakap dengan anda mengenai pilihan rawatan dan bahan kimia yang mereka rancang untuk gunakan di rumah anda.

Apa yang perlu dilakukan sebelum, semasa, dan selepas perkhidmatan kawalan perosak.

Sebelum pakar kawalan perosak tiba:

  1. Sebelum lawatan, pastikan tiada yang terdedah termasuk makanan, permainan, pinggan mangkuk, pakaian dan mangkuk haiwan peliharaan. Bersihkan betul-betul kabinet dapur dan tanggalkan soket serta tutup kelengkapan dapur dengan penutup plastik.
  2. Jika bilik mandi adalah sebahagian daripada kawasan yang terkesan, simpan semua kelengkapan dandanan diri anda di tempat yang selamat.
  3. Pastikan rumah anda bersih dan anda tahu semua lokasi di mana anai-anai atau perosak yang terkena jangkitan.

Semasa pakar kawalan perosak tiba:

  1. Pemeriksaan pengenalan diri: Adalah penting untuk memeriksa ID syarikat penghapus perosak yang melawat kediaman anda.
  2. Pemeriksaan: Penghapus perosak akan memeriksa semua kawasan tersembunyi dan lokasi yang merekah di rumah anda untuk mengesan pintu masuk serangga, makhluk perosak dan tikus. Dia juga akan memeriksa tahap kelembapan di rumah anda untuk mengesan masalah. Selepas mengenal pasti jenis perosak dan lokasinya, dia akan membuat deraf laporan bagi semua langkah yang perlu diambil.
  3. Perbincangan rawatan: Selepas pemeriksaan yang teliti, penghapus perosak akan berbincang mengenai pilihan rawatan yang mereka syorkan dan bagaimana proses itu akan berjalan. Ini juga adalah masa terbaik untuk bertanya semua soalan yang anda ada dan langkah yang perlu diambil sebaik sahaja perkhidmatan selesai.

Selepas perkhidmatan:

Sebaik sahaja rawatan selesai, ada langkah pencegahan yang perlu diambil.

  1. Arahan selepas perkhidmatan: Sebaik sahaja perkhidmatan selesai, juruteknik akan menerangkan proses yang telah dilakukan olehnya, dan anda akan dinasihatkan untuk mengelakkan kawasan tertentu sehingga kawasan tersebut kering. Dia juga akan mencadangkan kepada anda tindakan-tindakan yang anda perlu ingat pada hari-hari tertentu.
  2. Laporan: Di penghujungnya, juruteknik akan memberikan anda laporan/invois yang menyebut tentang apa yang telah dilakukan sepanjang lawatan.
  3. Bincang lawatan seterusnya: Langkah terbaik untuk mengelakkan pertambahan serangan adalah dengan lawatan tetap. Anda boleh berbincang mengenai kontrak secara suku tahunan dan merancang untuk lawatan seterusnya.

*Banyak kawalan penghapusan perosak hadir dengan jaminan hari tertentu. Jika masalah anda timbul dalam tempoh masa tersebut, adalah bagus untuk anda menghubungi mereka.

Berapa kerap anda mesti ambil perkhidmatan kawalan perosak?

pest control services in malaysia

Jika anda baru sahaja mengalami serangan dan mahu memastikan kediaman anda dilindungi serta mahu mengelakkan perosak daripada kembali ke rumah anda, Thomas mencadangkan agar kediaman anda diperiksa dua bulan sekali.

Walau bagaimanapun, faktor lain juga turut memainkan peranan. Sebagai contoh, jika anda tinggal berhampiran kawasan serangan perosak (cth: restoran dan kawasan binaan) anda mungkin memerlukan lebih banyak rawatan perosak.

Begitu juga dengan ketiadaan kaedah kawalan perosak universal, maka rawatan yang berbeza diperlukan mengikut jenis makhluk perosak, dan setiap satu mempunyai tempoh waranti sendiri.

Jika berlaku serangan semasa tempoh waranti, rawatan percuma akan dilakukan sebagai pampasan.

Anda juga perlu ingat yang telur-telur ditinggalkan makhluk ini tidak akan musnah. Jadi, rawatan susulan diperlukan untuk melindungi kediaman anda daripada perosak.

Disebabkan inilah kebanyakan perkhidmatan kawalan perosak menawarkan pakej-pakej yang direka untuk menyediakan anda rawatan dan perlindungan yang betul.

Sebagai contoh, BlueLeafs Pest menawarkan 6 rawatan setahun pada harga RM600 jika kediaman anda kurang daripada 2,000 kaki persegi. Harga purata kawalan perosak pula adalah kira-kira RM720 – RM1000 bagi kediaman lebih daripada 2,000 kaki persegi.

Perlukan perkhidmatan kawalan perosak?
Dapatkan sebut harga daripada pakar kawalan perosak di kawasan anda apabila anda menghantar keperluan anda di Recommend.my – Laman perbaikan rumah #1 di Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *