Bagaimana untuk mengubahsuai rumah RUMAWIP di Malaysia bawah RM50k

Bolehkah anda teka apakah satu perkara yang rakyat Malaysia paling mahukan? Menurut kaji selidik oleh PropertyGuru, jawapannya ialah memiliki kediaman mereka sendiri.

Secara faktanya, 92% rakyat Malaysia di dalam kaji selidik tersebut mengatakan bahawa mereka lebih suka untuk memiliki kediaman mereka sendiri berbanding menyewa sebuah rumah.

Pemilikan rumah adalah sangat penting sehingga 56% daripada rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka hendak memiliki sebuah rumah dalam masa 6 bulan lagi  dengan keutamaan adalah di pusat bandar KL.

Walau bagaimanapun, akibat harga hartanah yang tinggi di Malaysia, sukar bagi pembeli rumah pertama untuk memilikinya.

“Sudah tentulah ramai orang hendak membeli rumah, tapi realitinya ramai yang tidak mampu,” kata pakar hartanah Ernest Chong, menurut FMT.

Salah satu puncanya adalah kerana perbezaan di antara perkembangan pendapatan dan harga hartanah. Sementara median pendapatan meningkat pada 3.66% sepanjang 5 tahun lalu, harga hartanah juga turut meningkat, malah lebih tinggi lagi iaitu pada 7.88% pada tempoh yang sama.

 

Mengambil langkah untuk merebut kediaman mampu milik

Menyedari akan kepentingan masalah ini, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan beberapa skim perumahan untuk memperbaiki pemilikan kediaman.

Satu skim sebegitu ialah Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).

RUMAWIP ialah skim rumah mampu milik yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana dan rendah dan bekerja di Wilayah Persekutuan – KL, Labuan dan Putrajaya – supaya mereka boleh memiliki kediaman mereka sendiri.

 

rumawip interior design for residensi inspiraSource

Kerajaan telah mensasarkan untuk menyiapkan 80,000 unit RUMAWIP sehingga tahun 2020, dengan 50,000 unit di KL, 20,000 unit di Putrajaya, dan 10,000 unit di Labuan.

Menurut portal RUMAWIP, terdapat 3 jenis harga rumah untuk RUMAWIP:

Rumah kos rendah – kediaman 700 kaki persegi dengan 3 bilik tidur. Ia berharga RM52,000 di Labuan, dan RM63,000 di KL dan Putrajaya.

Rumah pendapatan kos rendah sederhana – kediaman 800 kaki persegi dengan 3 bilik tidur. Ia berharga di antara RM63,001 dan RM150,000

Rumah kos sederhana – kediaman 650 kaki persegi dengan 2 bilik tidur. Ia berharga di antara  RM150,001 dan RM300,000

RUMAWIP mampu milik di Setapak

rumawip interior design for residensi inspiraSource

Salah satu daripada unit RUMAWIP di KL ialah Residensi Inspiria, iaitu sebuah pangsapuri 44 tingkat oleh Alma Ventures Development.

Ia merupakan sebuah projek kediaman di Setapak dan akan dibina di atas tanah pegangan pajak berukuran 3.977 ekar yang menggantikan Pasar Besar Gombak pada masa ini.

Pangsapuri RUMAWIP mempunyai 900 unit yang mana setiap satu berukuran 815 kaki persegi. Setiap unit mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi serta bermula pada harga RM265,000.

Selain itu, hartanah strata ini juga menempatkan kemudahan-kemudahan seperti kolam renang, gelanggang badminton, dan dewan serbaguna. Ia juga menyediakan perkhidmatan keselamatan selama 24 jam dengan CCTV dan pengawal keselamatan.

Residensi Inspiria juga boleh diakses melalui lebuhraya DUKE dan MRR2. Pangsapuri ini juga berdekatan dengan stesen LRT Gombak. Ini menjadikannya sebuah lokasi strategik di tengah bandaraya KL.

 

rumawip interior design for residensi inspiraAtas: Imej pelan lantai. Source

 

Mengapa rekaan dalaman adalah penting, terutama kepada kediaman yang lebih kecil?

Memiliki sebuah kediaman hanyalah sekadar sebahagian daripada pemilikannya. Bahagian lain adalah memiliki sebuah kediaman yang selesa untuk diduduki. Cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan mengupah pereka dalaman bagi meningkatkan ruang dalaman kediaman anda.

Ini sangat betul untuk kediaman yang lebih kecil dengan ruang yang terhad. Sebagai seorang pemilik kediaman kecil, anda juga mesti mempunyai hak untuk berehat di kediaman anda tanpa paksaan.

Itulah sebabnya mengapa kediaman yang lebih kecil biasanya memerlukan idea rekaan dalaman dan penambahbaikan ruang pada bajet yang difikirkan secara mendalam. Ini penting untuk membina penggunaan ruang yang praktikal.

Malangnya, sementara kita semua mahukan sebuah kediaman untuk kelihatan unik dan bergaya, bajet untuk mengupah pereka dalaman selalu menjadi faktornya.

Walau bagaimanapun, anda tentulah boleh mereka semula kediaman anda dan masih mempunyai bajet untuk mengubahsuai rumah rumawip anda. Ia boleh berlaku selagi anda membelanjakan wang anda dengan bijak dan ada pereka dalaman yang betul untuk memimpin anda.

 

Melampaui pelan lantai pangsapuri

Oleh kerana Residensi Inspiria masih belum memulakan pembinaan, Alma Ventures hanya boleh menunjukkan pembeli berpotensi mereka akan keadaan unit itu menerusi pelan lantainya.

Oleh itu, untuk memberikan pembeli berpotensi mereka pandangan yang lebih baik kepada rupa sebenar unitnya, mereka memerlukan bantuan rekaan profesional bagi mencantikkan unit pameran mereka di StarParc Point, Setapak.

Pada masa itulah mereka menghubungi Recommend.my untuk mendapatkan bantuan. Alma Ventures mahukan rekaan yang menepati sasaran pasaran mereka. Dengan kata lain, sebuah rekaan yang bukan sahaja mempunyai estetika bergaya, malah turut berfungsi dan berada dalam kadar mampu.

Selain daripada rekaan dalaman, pasukan kami juga menyediakan perlengkapannya, kerja pengecatan, dan binaan mengikut pesanan seperti kabinet dapur, almari pakaian, dan konsol TV, antaranya.

Kawasan perlindungan yang dipenuhi cahaya dengan perlengkapan bergaya dan praktikal

Apabila tiba masanya untuk mengubahsuai rumah rumawip anda, asasnya adalah untuk menjadikannya ringkas tetapi menarik. Warna lembut dan tingkap besar juga ditekankan untuk membuatkan kediaman dirasakan luas.

Paling penting, ruangnya perlu digunakan dengan baik. Oleh itu, ia memerlukan perlengkapan/terbina dalam yang bergaya dan praktikal.

Dengan ingatan terhadap perkara-perkara inilah pasukan pereka kami telah mereka unit tersebut dengan gaya kontemporari-Scandinavia. Tingkap besar membolehkan cahaya semulajadi memantul di seluruh ruang bagi mencipta rasa menjemput. Pelet warna neutral juga digunakan sebagai warna utama di semua bahagian, bersama sentuhan warna tanah.

Berikut adalah pemandangan ruang tamu apabila anda menjejakkan kaki di dalamnya.

rumawip interior design for residensi inspira

Bagi menjimatkan ruang, kami telah mereka rak gantung ini untuk bertindak sebagai ruang simpanan berhias. Ada sesuatu yang tampak sangat bergaya mengenai rak melamina yang berada di atas logam putih; ia memberikan rasa hangat, sementara menambah sentuhan berangin dan lembut bersamanya.

rumawip interior design for residensi inspira

Sementara itu, konsol TV terbina dalam juga menggemakan rekaan “tergantung’ yang sama. Ini membantu mencipta rupa kemas yang seiring dengan rekaannya tanpa memakan lebih banyak ruang.

Begitu juga dengan meja kopi berkaki tiga yang turut menyumbang kepada rasa berangin di ruang tamu.

rumawip interior design for residensi inspira

rumawip interior design for residensi inspira

Sentuhan kontemporari dan Scandi menjadikan rumah tampak ringkas dan menarik. Semuanya kelihatan bersatu dan kemas – iaitu rupa yang membuatkan anda mahu meluangkan lebih banyak masa di dalamnya.

Kelihatan di sini juga adalah lampu burung starling yang unik dan kolaj gambar dinding yang mana turut menjadi dinding utama.

rumawip interior design for residensi inspira

Kolaj gambar pada dinding adalah idea rekaan dalaman bajet untuk mencipta fokus utama tanpa berbelanja besar. Ia terbaik dan merupakan projek DIY mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.

rumawip interior design for residensi inspira

Sementara itu, dapur berbentuk L hadir lengkap dengan kabinet melamina, penahan percikan kaca, dan permukaan countertop yang pejal. Kami juga memasang lampu di bawah kabinet untuk menerangi kawasan tersebut dengan ambien hangat.

rumawip interior design for residensi inspira

rumawip interior design for residensi inspira

Bilik tidur utama mempunyai binaan dalaman, almari pakaian tertutup dengan kemasan melamina yang licin dan kilat. Kami juga memasukkan banyak rak terbuka untuk meletakkan perhiasan menarik dan cenderamata.

Untuk dindingnya, kami cat dengan warna biru-kelabu bercorak pepenjuru terpisah. Bilik tidur utama juga hadir dengan katil bersaiz queen bersama lampu tidur dan meja berinspirasikan IKEA di kedua-dua sisinya.

rumawip interior design for residensi inspira

rumawip interior design for residensi inspira

Lihatlah bilik mandi di bilik tidur utama ini. Kami menaik taraf jubinnya untuk memberikan bilik mandinya suasana yang tampak cantik dan bersih. Kami juga memasukkan kaunter solek melamina terbina.

rumawip interior design for residensi inspira

Sementara itu, setiap bilik kanak-kanak turut mempunyai rekaan, warna dan almari pakaiannya sendiri.

Sebagai contoh, bilik tidur ini disalut dengan kuning positif dan menampilkan katil tarik. Ia mudah jika anda mempunyai anak yang berkongsi bilik atau untuk mereka yang datang bermalam.

rumawip interior design for residensi inspira

Bilik tidur yang ini pula dicat dengan warna kelabu. Kelihatan di sini ialah almari pakaian terbuka.

rumawip interior design for residensi inspira

Bilik tidur utama hadir dengan skrin mandi terpasang, di samping cermin dan kaunter solek melamina.

rumawip interior design for residensi inspira

rumawip interior design for residensi inspira

Skop Kerja:

  • Semua alatan elektrik termasuk dapur, mesin basuh, dan TV 40”
  • Kerja pengecatan untuk ruang tamu, semua bilik tidur, dan siling
  • Kabinet terbina dalam dan kelengkapan termasuk konsol TV, kabinet dan almari pakaian
  • Langsir/bidai untuk semua bilik dan di ruang tamu
  • Perabot terpisah termasuk set sofa di ruang tamu, tilam, katil tarik, meja makan dan kerusi, meja kopi dan meja sisi katil.

Jumlah Bajet = RM50K

Projek ini diuruskan oleh Recommend.my dengan bantuan rakan kontraktor bersama kami.

Kesimpulan

Apabila kerajaan berjanji untuk menambah jumlah rumah mampu milik, memiliki kediaman semakin hampir menjadi realiti dan bukan sekadar mimpi.

Maksudnya, anda mempunyai lebih banyak bajet untuk rekaan dalaman yang bagus. Ingat, kediaman yang lebih kecil cenderung untuk memiliki ruang yang terhad. Jadi anda perlukan seorang pereka dalaman untuk membuka halangan itu.

Semua orang berhak untuk memiliki kediaman yang bukan sahaja tampak cantik, tapi juga selesa dan praktikal. Mengupah pereka dalaman yang betul akan membantu anda untuk mendapatkan nilai terbaik rumah anda sementara mengelakkan kesilapan yang memakan kos yang tinggi.

Perlukan pereka dalaman mengikut bajet?
Gembira dengan apa yang anda lihat di atas? Untuk mendapatkan rekaan mengikut pesanan pada harga mesra bajet, WhatsApp Andrew at 0122653038 sekarang atau emel beliau di [email protected] Mahu mendapatkan pandangan lain daripada pereka dalaman? Hantarkan permintaan anda sekarang dan dapatkan sebut harga percuma daripada pereka dalaman tempatan.

Dapatkan sebut harga percuma

No ratings yet.

Was this article helpful?

Leave a Reply