Pengubahsuaian kondo BU9 ini terasa nyaman dengan warna kebiruan bersama-sama tona putih

Kondominium seluas 2,668 kaki persegi di 9 Bukit Utama yang menakjubkan ini awalnya kelihatan agak kusam dan kosong sehingga pereka bentuk rumah dari R.Works Interior Design (rakan kongsi Recommend.my) memberikan sentuhan-sentuhan hiasan rumah, sekaligus memberikan penghasilan makeover yang menawan.

Pada awalnya, kediaman ini kelihatan hampir kosong dan tidak sesuai untuk pemilik serta keluarganya berpindah masuk. Pemilik kediaman tersebut adalah seorang eksekutif yang sibuk dan tidak biasa dengan proses-proses pengubahsuaian rumah atau reka bentuk dalaman.

Hanya beberapa minggu selepas beliau mendapatkan pereka R.Works untuk mendapatkan bantuan dan nasihat, beliau akhirnya telah mendapat ruangan yang cantik bertemakan minimal ini!

Mengenai harta tanah

9 Bukit Utama Condominium adalah satu projek pembangunan Bandar Utama Development Sdn Bhd yang siap pada tahun 2010. Dengan terdiri daripada 911 unit dalam 41 tingkat, kediaman ini dilengkapi dengan kemudahannya, yang menawarkan kawasan BBQ, rumah kelab, trek joging, gimnasium, taman permainan dan kolam renang untuk penghuni-penghuninya.

Unit khas ini dibina seluas 2,668 kaki persegi dengan 4 bilik tidur dan 4 tab mandi.

Pelan lantai untuk unit rumah di 9 Bukit Utama (2,668 sqft) 
Pelan lantai untuk unit rumah di 9 Bukit Utama (2,668 sqft) 

Estetik yang minimum

Apabila pemilik kediaman ini mendapatkan unit sub-penjualan ini, beliau mempunyai visi untuk mendapatkan reka bentuk dalaman praktikal dan minimum yang estetikanya menyenangkan namun masih bersifat bersederhana.

Salah seorang pereka R.Works malah telah menemu ramah keluarga pemilik kediaman tersebut; untuk bertanya kepada mereka mengenai gaya hidup, dan rutin harian mereka.

“Saya menemu ramah mereka mengenai perkara-perkara kebiasaan mereka, barang-barang atau peralatan yang biasa mereka gunakan, tabiat penyimpanan, dan juga apa yang ingin mereka tambahkan. Berdasarkan jawapan yang mereka berikan, saya membuat cadangan reka bentuk dan idea ruangan yang sesuai dengan keperluan mereka ”

– Alexis, pereka dalaman, R.Works

Salah satu cabaran dalam merancang unit ini adalah untuk memadankan perabot baru dengan perabot rumah yang sedia ada. Pasukan R.Works harus melakukan perancangan dengan sewajarnya untuk memenuhi standard pelanggan dan juga bahagian dalaman rumah secara keseluruhannya.

Hasilnya, pasukan R.Works telah memberikan penampilan akhir hiasan rumah yang minimal dan selesa ini.

Hasil akhir

Para pereka menggunakan hiasan rumah kontemporari moden dengan tona aksen biru sambil memenuhi kriteria-kriteria yang diingini oleh pelanggan.

Pemandangan ruang tamu sebelum reka bentuk dalaman dilakukan BU9
Pemandangan ruang tamu sebelum reka bentuk dalaman dilakukan
Ruang tamu yang telah lengkap direka
Ruang tamu yang telah lengkap direka

Ruang tamu ini mempunyai sofa bertonakan kelabu berbentuk L bersama-sama dengan kerusi sayap biru terang dan bertemakan ‘ottoman’. Bantal putih dan biru, bersama-sama selimut jenis lemparan juga melengkapkan kesempurnaan dan tona warna keseluruhan ruangan ini, dan juga memastikan unsur estetikanya tidak keterlaluan.

Tirai tipis juga dipasang untuk memastikan terdapat unsur cahaya maksimum namun masih sederhana, memenuhi ruang tamu dengan cahaya semula jadi.

Perabot-perabot yang digunakan di ruang tamu
Perabot-perabot yang digunakan di ruang tamu
Ruang tamu dan ruangan konsol TV sebelum reka bentuk dalaman dilakukan
Ruang tamu dan ruangan konsol TV sebelum reka bentuk dalaman dilakukan
Pemandangan konsol TV dan ceruk dinding
Pemandangan konsol TV dan ceruk dinding

Konsol TV bertemakan Skandinavia menambah aura minimalis dan sangat sesuai dipadankan dengan dinding bertona putih bersih. Dinding utama menjadikan ruang hiasan kelihatan gaya, diterangi dengan pencahayaan aksen yang mesra.

Konsol TV serba putih di ruang tamu
Konsol TV serba putih di ruang tamu

Menghadap TV, rak bertona putih dipasangkan pada kawasan sudut untuk meletakkan hiasan-hiasan kecil dan tanaman pasu kecil tanpa memenuhi ruang-ruangan lain, sekaligus untuk menambah sentuhan keanggunan pada ruangan tersebut.

Pemandangan ruang tamu dari ruang makan sebelum reka bentuk dilakukan
Pemandangan ruang tamu dari ruang makan sebelum reka bentuk dilakukan
Ruang makan dalaman yang telah lengkap direka bentuk
Ruang makan dalaman yang telah lengkap direka bentuk

Meja makan kayu moden menambah lagi aksen kayu pada suasana kediaman, yang juga dihiasi dengan tanaman kecil dan alas meja bertonakan biru langit. Rupa keseluruhan ruangan makan kini kelihatan lebih berfungsi dengan lebih gaya.

Pemandangan ruangan dapur sebelum reka bentuk dalaman
Pemandangan ruangan dapur sebelum reka bentuk dalaman
Pandangan pada kabinet dapur yang diperbaharui
Pandangan pada kabinet dapur yang diperbaharui

Rahsia di sebalik kabinet dapur berwarna putih mutiara ini adalah apabila pereka bentuk mengekalkan reka bentuk yang ada tetapi dengan memperbaharuinya melalui pemasangan lapisan khas pada permukaan kabinet untuk memberikan kilauan baru.

Di dalam kawasan dapur
Di dalam kawasan dapur

Pasukan pereka R.Works membuat kesemua kabinet berasaskan melamin, yang menjadikannya kabinet-kabinet ini kelihatan lebih berkelas dan anggun. Kabinet atas dipasang dengan rak kayu terbuka bagi kemudahan penyimpanan juga.

Bilik tidur utama sebelum reka bentuk dilakukan
Bilik tidur utama sebelum reka bentuk dilakukan
Bahagian dalaman bilik tidur yang telah  lengkap diubah suai
Bahagian dalaman bilik tidur yang telah lengkap diubah suai

Bilik tidur utama mempunyai aksen biru dengan kerusi ‘ottoman’ yang sepadan dengan yang digunakan di ruang tamu, bersama-sama dengan tirai kelabu lembut. Lantai bilik asal iaitu lantai berlamina berkilat sememangya telah sesuai dengan konsep kontemporari bilik yang direka.

Bilik tidur utama sebelum hiasan dalaman dilakukan
Bilik tidur utama sebelum hiasan dalaman dilakukan
Ruangan tidur utama yang direka sepenuhnya, bersama-sama  dinding utama yang direka khas
Ruangan tidur utama yang direka sepenuhnya, bersama-sama dinding utama yang direka khas

Kepala katil yang dibuat khas, memberikan sentuhan halus kepada seluruh ruangan tersebut. Tona yang dineutralkan sepadan dengan meja di sisi katil, sekaligus kelihatan serasi dengan tona-tona warna di sekelilingnya.

Bilik tidur utama dengan pemandangan balkoni
Bilik tidur utama dengan pemandangan balkoni
Bilik tidur utama yang telah berperabot lengkap bersama-sama dengan tirai berat
Bilik tidur utama yang telah berperabot lengkap bersama-sama dengan tirai berat

Di dinding yang bertentangan, rak kayu ramping telah dipasang untuk ruang simpanan tambahan dan juga sebagai unsur hiasan.

Bilik tidur kedua sebelum reka bentuk dalaman dilakukan
Bilik tidur kedua sebelum reka bentuk dalaman dilakukan
Bilik tidur kedua yang telah direka sepenuhnya
Bilik tidur kedua yang telah direka sepenuhnya

Bilik tidur kedua juga menggunakan tema yang serupa, dengan permaidani bulu bertonakan biru tua dan langsir merah jambu. Rangka tempat tidur juga dilengkapi dengan meja yang telah terbina untuk menjimatkan lebih banyak ruangan lantai.

Bilik tidur kedua sebelum reka bentuk dalaman dilakukan dengan almari pakaian terbina
Bilik tidur kedua sebelum reka bentuk dalaman dilakukan dengan almari pakaian terbina
Bilik tidur kedua yang telah berperabot lengkap
Bilik tidur kedua yang telah berperabot lengkap

Almari kaca yang sedia ada masih tetap di tempatnya, dan sesuai dengan bahagian dalam bilik tidur yang direka. Secara keseluruhan, reka bentuknya adalah ringkas tetapi elegan.

Keluarga Bahagia, Rumah Bahagia

Pemilik kediaman dan keluarganya sangat berpuas hati dengan hasil reka bentuk ini. Kediaman ini dirancang dengan sempurna dan sesuai berdasarkan anggaran bajet mereka juga.

Kerana pemiliknya selalu sibuk dengan pekerjaan dan mengurus keluarga mereka, beliau tidak mempunyai masa untuk menguruskan sebarang urusan berkaitan kediaman tersebut. Sebagai gantinya, R. Works mengendalikan semua proses yang terlibat, dari kertas kerja hingga ke hiasan dalaman kediamandan proses akhir.

“Kami menguruskan semuanya untuk mereka, termasuk memberikan lakaran reka bentuk dan proses mendapatkan permit kerja dari pejabat pengurusan kondo. Sebaik sahaja mereka berpindah masuk, kami terus membuatkan reka bentuk dalaman rumah”

-Alexis, pereka dalaman, R.Works

Pelanggan sangat berterima kasih kerana R.Works dapat membantu beliau membina kediaman yang ideal ini dari idea-idea kasar yang telah mereka kongsikan, pada harga berpatutan.

Butiran Projek

Lokasi: 9 Bukit Utama Condominium, Bukit Utama

Saiz harta tanah: 2,668 kaki persegi

Harga: RM63k

Tujuan: Reka bentuk dalaman

Reka bentuk: Kontemporari moden dengan tona biru dan ungu

Kerja yang dilakukan: Perabot ruang tamu, perabot bilik tidur, perabot meja makan, perabot dapur yang diperbaharui, perabot ringan, pembentukan semula dinding-dinding kediaman

Hasil: Rumah yang elegan dan minimal, direka khas dan berperabot lengkap

Ingin reka bentuk dalaman rumah anda?

Dengan Recommend.my, anda boleh mendapatkan sebut harga yang dipercayai untuk pengubahsuaian dan reka bentuk dalaman, dari platform pembaikan rumah # 1 di Malaysia ini. Anda juga boleh mendapatkan pereka dalaman seperti R.Works untuk menjadikan idea kediaman ideal anda menjadi kenyataan!

Selain daripada pengubahsuaian dan reka bentuk dalaman, kami juga menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan kediaman seperti kerja elektrik, servis penyaman udara, perpaiapan dan lain-lain. Hntarkan permintaan sekarang dan hubungi juruteknik dan kontraktor kami yang berkelayakan.

Dapatkan sebut harga reka bentuk dalaman
Berfikir untuk merancang kediaman anda? Dapatkan sebut harga dan lawatan ‘site’ dari pereka-pereka dan kontraktor-kontraktor kami di Recommend.my!

Dapatkan lawatan ‘site’ dan sebut harga Whatsapp untuk dapatkan sebut harga

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: