12 Cadangan Terbaik Khidmat Katering Untuk Rumah Terbuka

Bukankah lebih seronok jika ada masa yang lebih terluang bersama yang tersayang tanpa rasa stress untuk menyediakan juadah untuk rumah terbuka anda?

Terdapat banyak khidmat katering di Malaysia yang menyediakan pakej katering lengkap untuk sebarang majlis. Daripada makanan, ke persiapan meja dan peralatan, hinggalah ke perabut dan sewaan kanopi atau khemah, kesemuanya sekali!

Disini kami akan memberikan beberapa cadangan khidmat katering dari komuniti kami. Lawati Recommend.my untuk mendapatkan sebut harga percuma dari khidmat katering yang kami syorkan di Malaysia. Tempah awal dan berayalah dengan gembira!

 

Anda memerlukan servis katering?
Cari katerer yang sesuai untuk majlis anda melalui Recommend.my. Hantar pesanan anda sekarang!

 

1. Elite Catering and Event Management

elite catering

Elite Catering and Event Management adalah syarikat katering dan pengurusan majlis, menyediakan khidmat Katering, Perancangan Majlis, Rekaan Majlis, Sewaan peralatan dan khidmat penghantaran makanan. Pakar profesional – dilengkapi dengan khimat pelanggan terbaik – menjadikan Elite Catering and Event Management peneraju industri katering dan pengurusan majlis. Sempena Hari Raya, mereka juga menawarkan menu istimewa serta pakej rumah terbuka yang menyediakan juadah tempatan yang lazat sambil mengekalkan keenakan makanan yang dimasak di rumah.

“Servis katering terbaik” – Affida Anggun Sedi

 

2. Big Onion Caterers

big onions
Dengan lebih 30 tahun didalam bisnes makanan, Big Onion mempunyai pengalaman dan pengetahuan bagi memenuhi setiap kehendak pelanggannya. Mereka menyediakan khidmat katering dan juga pengurusan untuk semua jenis majlis dari sambutan hari jadi hinggalah ke sambutan gala pengantin. Selain hidangan yang enak dan hiasan meja makan yang menarik, mereka juga menyediakan bufet berlilin, ruangan foto dan sewaan perabut. Pelanggan VVIP mereka termasuklah Aston Martin, Lamborghini, Rolls Royce, Maybank, Maxis dan banyak lagi.

 

 

3. Life Bites Caterers

life bitesBeroperasi di sekitar kejiranan TTDI dengan slogan bisnes mereka “Taste that’s larger than life”, Life Bites ditubuhkan pada 2013 dan terdiri dari graduan lepasan Seni Kulinari dari KDU menyediakan sajian hidangan yang lazat yang menarik. Mereka menyediakan sajian halal dari Asian hinggalah ke masakan barat, dilengkapi dengan pencuci mulut yang menyelerakan serta pastri yang mengikuti kehendak dan bajet klien, lengkap dan sesuai untuk rumah terbuka Hari Raya.

 

 

4. Groupbase Catering

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Group Base Caterers adalah salah sebuah syarikat katering yang mempunya pengalaman yang lama. Nama mereka adalah tidak asing lagi di dalam bidang katering selain menjadi pengusaha restoran yang dikenali. Samada bufet, a la carte mahupun barbeku, Groupbase dikenali dengan hidangan halalnya, daripada kambing bakar dan sate sehinggalah tosai dan char koey teow. Pilihan makanan yang menyelerakan dari makanan tradisional Malaysia dan Barat hinggalah ke makanan Thai dan Jepun. Sangat popular, senarai klien mereka termasuklah Menteri-menteri kabinet, Syarikat Multi-nasional, bank-bank dan badan-badan kerajaan.

“Kuay teow goreng yang sangat sangat sedap disamping hidangan Malaysia yang lain. Saya pernah melihat mereka menyediakan katering untuk 50 (parti persendirian) hinggalah ke 500 (Majlis Hari Raya).” – Imran Kadir

 

 

5. Citarasa UniQ Catering Service

citarasaMemulakan bisnes semenjak 1999 sememangnya memberikan UniQ pengalaman berguna yang menjadikan nama mereka yang amat dikenali di dalam dunia katering tempatan dimana mereka menyediakan 2000 sajian sehari untuk klien yang berlainan di sektor perniagaan dan industri. Dengan pengalaman dan kepakaran berserta dengan menu Hari Raya yang pelbagai untuk rumah terbuka anda menjadikan mereka pilihan yang bijak!

 

6. Tuk Tuk Events and Catering

tuktuk
Diberi nama sempena kenderaan kegemaran Ying Ying, sajian enak menjadikan Tuk Tuk istimewa dan mempunyai pengikut penggemar makanan tersendiri. Bermula dengan hanya khidmat penghantaran makanan, ianya semakin berkembang sehinggalah Julai 2009, menyediakan menu penuh termasuk khidmat pengurusan majlis dan katering. Oleh kerana minat mereka yang suka melancong, menggemari makanan Thai dan juga memasak, ini menjadi resepi masakan mereka cukup dengan perisa dan unik disamping sentuhan asli Thai. Walaupun masakan istimewa mereka adalah masakan Thai, mereka juga menghidangkan masakan tempatan dan barat yang enak untuk selera semua.

 

 

7. House Of Croissant

house of croissanthouse of croissant 2

house of croissant 3
Menyediakan juadah Fusion Asia selain makanan Cina, Itali, sarapan pagi dan sandwich, House of Croissant adalah katering yang mesti dicuba. Ianya diterajui oleh pasangan Edward dan Joy yang berkongsi minat yang tinggi terhadap croissant. Joy amat meminati katering dan membuat roti di rumah menyimpan impian untuk memiliki sebuah kafe suatu hari nanti dan impiannya menjadi kenyataan semasa Joy menunggu kelahiran anak pertamanya, Ian. Di atas minat mendalam dengan croissant, membuatkan mereka ingin berkongsinya dengan pelanggan mereka. Komen yang baik dari kaji selidik di Recommend.my yang memberikan mereka 5 bintang, menjadi penanda aras kepakaran mereka.

 

8. Bagus Event and Catering

bagus image
Bagus Event dan Catering adalah satu lagi pilihan yang baik untuk katering Hari Raya kerana mereka adalah penyedia khidmat katering dah majlis-majlis. Khidmat penyedia makanan mereka termasuklah katering makanan melayu, Parti ala gerai, Pakej Super Hot & Fresh (Cara masakan “On the Spot”), High Tea dan Parti Koktel, Katering Makanan Sayuran, Katering Barbeku, Set Makan Tengahari dan khidmat penghantaran makanan. Dan sekiranya anda ingin menggabungkan majlis Hari Raya anda dengan majlis khas keluarga, anda juga boleh mendapatkan khidmat kanopi, khemah berhawa dingin dan gerai-gerai, pentas dan banner berserta hiasan, Sistem PA, pencahayaan, karaoke dan Gen-Set, persembahan (Kompang, Tarian Singa, Kugiran dan Penyanyi), persembahan silap mata dan permainan.

 

 

9. Wan Nour Catering

wan nurWan Nour Catering menyediakan perkhidmatan katering untuk semua jenis majlis samada katering perkahwinan, majlis perasmian, sambutan ulang tahun, berbuka puasa, jamuan perayaan, majlis korporat, jamuan untuk seminar, pejabat, high tea, dan lain-lain. Mereka menyajikan servis di sekitar Lembah Klang dan merupakan salah satu katering perkahwinan Kuala Lumpur dan Selangor yang utama.

 

 

10. Dsyukran Catering Services

katering-lunch-04_Dsyukran Catering & Service berpengalaman luas menyediakan katering serta pakar di dalam mengendalikan pelbagai majlis samaada kecil ataupun yang berskala mega. Servis katering meliputi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor seperti Damansara, Petaling Jaya, Subang, Sungai Buloh, Shah Alam, Kelang, Cheras, Kajang, Ampang, Putrajaya dan sekitar Sekitar Lembah Klang.

 

 

11. Nusara Catering

nusara catering 1  nusara catering 3

Nusara Catering Services telah bermula pada tahun 2010. Bermula sebagai sebuah syarikat katering kecil-kecilan, kini Nusara Catering Services telah berkembang menjadi sebuah syarikat yang mampu menguruskan majlis sehingga 5,000 tetamu pada satu-satu masa.

 

 

12. D’Qayangan Catering

d qayang catering 1 d qayang 3

Bermula dengan penyediaan katering jamuan kecil – kecilan di sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam, kini D’Qayangan Catering telah meluaskan khidmatnya di seluruh Lembah Klang, Kuala Lumpur, Selangor, dan sebahagian kecil dari Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Juga telah meluaskan servis dengan cawangan di Perlis.

 

Dapatkan sebut harga percuma dari khidmat katering yang kami syorkan di Malaysia
No ratings yet.

Was this article helpful?

13 thoughts on “12 Cadangan Terbaik Khidmat Katering Untuk Rumah Terbuka”

    1. ramli abdul majid

      kalau berminat untuk membeli prduk frozen food sya boleh hubungi saya ramli 0193578390. atau email [email protected].

      produk saya seprti karipap, samosa, poia otak2, begedil, cucur badak, donut, pau goren kacang dan sambal, getuk ubi, kasturi, roti canai, roti bom, puteri ayu.. Ada pengesahan halal jali. Lokasi saya si tmn tasik prima, puchong.

    1. Dear Siti Khatijah Mohammad

      Wymond here from RecomN.com, we have drop you email regarding your catering request information. Kindly check your email.

      Have a nice day!

      Thank you

  1. hi.

    Boleh bagi sebut harga seperti di bawah:
    1- 70 pax
    2-max price rm-15-rm20
    3- time 4.00 p.m – 12.00pm
    4- Duration : 2 days
    5- university area

  2. Catering request for Jamuan Hari Raya
    – 260 pax
    – location : Banting, Selangor (15 minutes from KLIA)
    – time : 5-8 pm

  3. Planning to organize Aidilfitri open house in Cahaya SPK, Shah Alam on 22/7/2017. How much per pax for these menu (between 40-50 ppl).

    Choice 1
    Nasi tomato
    Ayam masak merah (for kids non-spicy)
    Chicken rendang
    Lemang
    Laksa with condiments
    Kuih 2 jenis
    Minuman sejuk
    Minuman panas

    Choice 2
    Nasi impit
    Kuah kacang
    Chicken rendang
    Lemang
    Soto with condiments
    Kuih 2 jenis
    Minuman sejuk
    Minuman panas

    1. Hi Annuar Amri, Jennie here from Recommend.my, kindly contact us at 0123443038 or email us at [email protected] for the further discussion on your request.

      Have a nice day!

      Thank you

  4. Catering request for Jamuan Hari Raya Aidilfitri
    – 300 pax
    – location : Seksyen 25 shah alam, Selangor
    -1 day only

  5. Catering request for Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1st day hari raya
    – 100 pax
    – location : sek 14 petaling jaya selangor
    -1 day only

Leave a Reply