Mengapa Anda Perlu Memasang Siling Plaster Di Malaysia

Apabila anda merancang reka bentuk dan pengubahsuaian rumah, adakah anda betul-betul merancangnya?

Kami tidak menyatakan bahawa anda benar-benar berharap agar pengubahsuaian rumah anda berjalan lancar (walaupun ianya membantu).

Sebaliknya, kami merujuk kepada pemasangan siling buatan.

Pemasangan siling buatan (atau siling plaster) adalah bahagian penting dalam proses membuat reka bentuk dalaman. Dilakukan bersama-sama dengan pelantaian dan kemasan dinding, semua komponen ini merangkumi hampir keseluruhan permukaan di dalam sesebuah bilik.

Di dalam artikel ini, kami akan membincangkan sebab-sebab utama untuk memasang siling plaster.

Dapatkan sebut harga percuma untuk pengubahsuaian siling plaster di Malaysia
Recommend.my mempunyai beratus-ratus pereka dalaman, kontraktor pengubahsuaian dan siling yang berpengalaman. Kami akan membantu anda mendapatkan 5 kontraktor untuk membantu projek anda. Anda hanya cuma perlu memberitahu kami maklumat dan keperluan anda.

Kenapa memasang siling (atau siling plaster) buatan?

Sebab utama dalam pemasangan siling buatan adalah untuk menutupi sesuatu ruangan.

Dalam kebanyakan unit, pendawaian elektrik dan sistem perpaipan kebiasaannya dibina di dalam lantai asas konkrit dan juga di dalam dinding.

Jika ada memasang pendingin hawa, banyak pita yang perlu di digunakan di atas siling anda. Lebih banyak titik pencahayaan yang ada, maka lebih banyak jugalah pita yang perlu digunakan.

Akhirnya, apabila anda hendak memasang kipas siling, ianya harus digantungkan pada lapisan asas konkrit.

Ini membuatkan siling kelihatan semak dan penuh dengan wayar-wayar elektrik untuk kipas, lampu, pita untuk pendingin hawa dan juga sistem perpaipan.

Maka, siling buatan digunakan untuk menyembunyikan semua wayar-wayar tersebut.

Tetapi, siling buatan juga berfungsi lebih dari menyembunyikan wayar-wayar elektrik. Ianya juga digunakan untuk mencantikkan lagi hiasan dalaman bagi sesebuah ruangan.

Above: Cove lighting for bungalow in Twin Palms, Ampang Jaya by Klaas Interiors Sdn Bhd 
Diatas: lampu cove untuk sebuah banglo di Twin Palms, Ampang Jaya oleh Klaas Interiors

Siling plaster diperbuat daripada apa?

Hari ini, siling buatan yang digunakan untuk kerja-kerja pembinaan diperbuat daripada siling papan plaster. Papan plaster digabungkan dengan serbuk casting gypsum, bersama-sama benang serat untuk melekatkan papan-papan tersebut.

Siling papan plaster biasanya berukuran 4 kaki x 6 kaki. Ianya mudah diangkat dan dibawa kemana-mana, dan kepingan yang lebih kecil akan dipotong untuk dimuatkan kedalam ruangan tepi siling apabila dipasangkan pada dinding.

Proses pembinaan yang lama biasanya menggunakan papan siling asbestos. Tetapi siling asbestos juga dikenali sebagai karsinogen, satu elemen yang boleh menyebabkan kanser. Elemen seperti ini semakin kurang digunakan dalam penghasilan bahan-bahan pembinaan.

Plaster ceiling curved design being added
Siling plaster dengan reka bentuk  melengkung sedang dipasangkan.

Bagaimana siling plaster dipasangkan?

Sebelum siling plaster dipasang, bingkai siling harus diletakkan terlebih dahulu. Bingkai siling ini biasanya diperbuat daripada aluminium.

Setelah bingkai siling siap dipasang, siling papan plaster akan diletakkan dan diskrukan pada bingkai siling.

Apabila semua siling papan plaster telah siap diskrukan, ruangan-ruangan antara siling papan plaster akan di ditutupi dengan scrim, suatu bahan lapisan daripada serat jute, ataupun dengan pita plastik.

Kemudian, satu lapisan plaster akan diletakkan pada seluruh siling untuk memberikan hasil dan kemasan yang memuaskan. Akhir sekali, siling ini akan dicat.

Ruangan diantara siling papan plaster ditutupi dengan scrim.

Berapa banyakkah ruang diperlukan diantara siling plaster dengan struktur siling diatasnya?

Kebanyakan pemilik rumah inginkan permukaan siling yang rendah untuk mengekalkan jarak ketinggian lantai siling asal  daripada siling papan plaster.

Tetapi, jarak ini tidak boleh jadi terlalu kecil. Kedua-dua siling ini memerlukan ruang yang mencukupi. Ruangan ini bergantung kepada pemilihan oleh pemilik kediaman terhadap penggunaan jenis lampu, pendingin hawa, dan juga tanki penyimpan untuk pemanas air (bagi bilik air).

Contohnya, jarak minimum diperlukan adalah 320 mm jika ingin memasang pendingin hawa jenis kaset.

Jarak minimum diperlukan adalah 320mm untuk siling tiruan bagi pemasangan pendingin hawa jenis kaset.

Untuk pemilik kediaman yang ingin memasang kipas jenis siling, ketinggian yang dicadangkan mestilah sekurang-kurangnya 9.5 kaki. Memandangkan siling papan plaster tidak dapat menahan beban kipas siling, kontraktor anda akan menggantungkan kipas siling tersebut daripada bingkai sokongan.

Diatas: Siling tiruan menutupi pendingin hawa jenis kaset untuk ruangan rumah ini di Ipoh South Precint, oleh Hatch Design
Untuk mendapatkan sebut harga kontraktor siling, beritahu kami keperluan-keperluan anda
Recommend.my menyenaraikan ratusan kontraktor-kontraktor berpengalaman untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan pereka hiasan dalaman di Malaysia. Kontraktor-kontraktor kami telah berkhidmat untuk banyak kediaman dan jenis reka bentuk di seluruh negara, dan kini mereka bersedia untuk membekalkan sebut harga untuk projek anda.

Bagaimana siling plaster dapat menambah baik ruangan dan reka bentuk dalaman kediaman anda?

Selain daripada menyembunyikan wayar-wayar yang terdepat pada siling, siling plaster juga adalah salah satu konsep reka bentuk dalaman kediaman. Dengan menggunakan bentuk-bentuk yang pelbagai, pereka bentuk atau kontraktor anda dapat menghasilkan kesan-kesan pencahayaan yang berbeza untuk menambah kesan visual untuk bilik anda.

Contohnya, anda dapat menambah kotak berbentuk L di sepanjang dinding bilik anda.  Bagi setiap kotak berbentuk L ini, anda dapat menambah ruangan tersembunyi bagi membolehkan anda memasang lampu LED, ataupun lampu jenis cove. Lampu jenis cove memancarkan cahaya terus kepada siling lalu dipantulkan kembali ke bawah, memberikan kesan pencahayaan tanpa silau.

Anda juga boleh memasang siling buatan di tengah-tengah ruangan atau bilik, dan menaikkan siling buatan ini ke arah setiap penjuru dan sudut sebelum memasang lampu-lampu sebagai pelmet bagi pintu atau tingkap.

Pereka bentuk juga boleh bereksperimentasi dengan gabungan-gabungan dan lapisan-lapisan. Contohnya, kotak berbentuk L buatan boleh juga diubah suai mengikut kesesuaian agar menjadi kubah berbentuk rata, untuk digunakan sebagai unsur hiasan. Contoh lain juga boleh diubahsuaikan sekali dengan lampu-lampu LED untuk menghasilkan kesan seakan-akan langit malam yang  berbintang.

Pemilik kediaman juga boleh menambah beberapa pilihan tambahan untuk unsur-unsur hiasan yang lain, seperti kornis jenis plaster atau kayu pada sudut-sudut siling, atau juga di tengah-tengah lampu jenis candeliar.

Sesetengah pereka bentuk juga menggunakan kotak berbentuk L untuk menutupi ruangan yang terdapat di antara kabinet dan juga siling.

Kotak berbentuk L untuk menutupi ruangan paip pendingin hawa di sebuah kondominium di Puchong, oleh IIKO Concept.
Diatas: Siling buatan bersama lampu jenis cove untuk kediaman semi-d di Bukit Segar oleh Young Concept Design.
Reka bentuk sempurna dari dinding ke siling mampu memberikan kesan yang menarik pada keseluruhan ruang. Sumber: Movent Signature

Manfaat-manfaat lain penggunaan siling plaster

Terdapat beberapa manfaat penggunaan siling buatan yang berketinggian rendah.

Pertama sekali, siling yang berketinggian rendah mengurangkan isipadu bilik, maka pendingin hawa anda akan menyejukkan ruangan dengan lebih pantas. Ini akan mengurangkan kos penggunaan tenaga.

Kedua, ianya juga menjadikan proses menukar mentol lampu menjadi lebih mudah kerana kini keduddukannya lebih rendah.

Manfaat yang lain bagi siling papan plaster pula adalah ianya kalis api. Hal ini kerana bahan buatannya daripada gipsum mengandungi sedikit unsur air, maka ianya tidak menggalakkan sebarang pembakaran atau penyebaran api,

Siling papan plaster juga menjadikan sesuatu ruangan lebih senyap, disamping juga bersifat  anti dan kalis anai-anai.

Keburukan penggunaan siling plaster adalah ianya tidak bersifat kalis air. Jika terdapat sebarang kebocoran air pada siling buatan, kebocoran ini akan menghasilkan kesan tinggalan air berwarna kekuningan. Tetapi, isu ini mudah sahaja diatasi kerana kesan air berwarna kekuningan itu boleh dicat semula mengikut warna siling asal, setelah kebocoran tersebut diperbaiki.

Proses pemasangan bingkai siling plaster, oleh Interior Kami

Harga siling papan plaster

Untuk siling papan plaster yang rata, harga bermula daripada RM 3 untuk setiap kaki persegi. Tetapi, kos juga boleh meningkat sehingga RM 10 – 20 per kaki persegi jika melibatkan bentuk yang rumit, kotak berbentuk L, atau lampu jenis cove.

Cara termudah untuk mendapatkan sebut harga yang berpatutan daripada kontraktor adalah dengan memberikan ukuran keluasan siling bersama-sama dengan gambar reka bentuk siling papan plaster yang dikehendaki.

Berminat untuk memasang siling papan plaster di rumah anda?

Siling plaster boleh dipasang di mana-mana bilik di rumah, bilik air dan juga dapur.

Ianya bukan sahaja membantu menutup wayar-wayar dan paip-paip yang kelihatan dan terdedah, tetapi juga boleh menjadi titik penting bagi ruangan anda dalam mempersenikan lagi reka bentuk ruangan anda.

Ianya juga boleh disesuikan dengan pelbagai jenis bentuk lampu untuk menghasilkan tona pencahayaan yang bersesuaian untuk kawasan dan ruangan anda.

Dapatkan sebut harga percuma untuk pengubahsuaian siling plaster di Malaysia
Recommend.my mempunyai beratus-ratus pereka dalaman, kontraktor pengubahsuaian dan siling yang berpengalaman. Kami akan membantu anda mendapatkan 5 kontraktor untuk membantu projek anda. Anda hanya cuma perlu memberitahu kami maklumat dan keperluan anda.

3 thoughts on “Mengapa Anda Perlu Memasang Siling Plaster Di Malaysia”

    1. Hai Majeed, secara umumnya, penggunaan asbestos dalam plaster siling memang tidak ada lagi. Di banyak negara, termasuk Malaysia, terdapat peraturan ketat yang mengawal penggunaan asbestos dalam bahan binaan. Walaupun begitu, adalah penting untuk check dengan supplier anda untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai bahan yang digunakan dalam plaster siling yang dia jual. Khususnya, untuk bangunan lama yang dibina sebelum fasa penghapusan asbestos, mungkin masih terdapat risiko.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *