Kos perkhidmatan mengecat dinding di Lembah Klang

Apabila menyebut tentang menjadikan rumah kelihatan cerah dan berangin, dinding dan siling selalunya akan dicat dengan warna putih. Ia juga merupakan warna asal untuk dinding dan siling bagi hartanah baharu di Malaysia.

Dinding dan siling putih berfungsi sebagai asas neutral untuk memulakan usaha rekaan dalaman anda. Tapi apa yang berlaku bila anda perlu mengemaskini warna dinding dan siling untuk mencipta vibe baru di kediaman anda?

Anda boleh menggunakan cara DIY dan mengecat dinding serta siling anda sendiri. Tapi ia akan menjadi sebuah projek yang besar kalau anda tiada masa atau bimbang cat di sana sini. Tugas ini menjadi lebih rumit kalau anda mahu mencipta kesan dan tekstur cat yang istimewa.

Syukur kerana mendapatkan perkhidmatan mengecat di Malaysia bukanlah perkara sukar. Harga perkhidmatan mengecat rumah di Malaysia boleh dikira pada kadar mampu (berbanding dengan kertas dinding). Anda boleh meminta kontraktor cat anda untuk mencipta kesan-kesan berlainan sebagaimana yang diperlukan.

Di mana nak mendapatkan kontraktor mengecat rumah yang bagus di Malaysia?
Dapatkan sebut harga untuk projek mengecat rumah anda dengan menghantar butiran anda di Recommend.my. Kami ada beratus-ratus kontraktor berpengalaman yang sedia memberi respons kepada permintaan anda. Semak imbas portfolio hasil kerja mereka melalui platform Recommend.my dan hubungi yang mana anda pilih untuk bekerja dengan anda. Semua kerja yang dibayar melalui Recommend.my turut meliputi jaminan perlindungan kediaman terhadap kerosakan secara automatik, kecurian dan pengabaian kerja.

Dapatkan sebut harga untuk projek cat anda

Bilakah anda harus mengecat semula kediaman anda?

Bilik-bilik di rumah anda akan mengalami peringkat haus dan lusuh yang berlainan. Sebagai contoh, bilik mandi boleh terjejas akibat kulat dan kulapuk selepas 2 hingga 3 tahun dan mesti dicat semula.

Walau bagaimanapun, ruang tamu dan ruang makan anda mungkin hanya perlu dicat semula setiap 5 hingga 7 tahun (jumlah ini boleh menjadi lebih rendah jika anda ada anak-anak kecil!) Begitu juga dengan bilik tidur.

Dinding di luar mengalami pancaran matahari yang terik dan hujan lebat sepanjang tahun. Ia mungkin perlu dicat setiap 5 hingga 7 tahun juga.

 Atas: Rekahan boleh kelihatan pada dinding bercat anda dan akhirnya ia mengelupas.

Kenapa mengupah perkhidmatan mengecat rumah profesional?

Terdapat banyak sebab untuk mengupah perkhidmatan mengecat di Malaysia. Sebab utama ialah untuk menjimatkan masa. Mengecat semula kediaman anda boleh mengambil masa yang lama. Jika anda melakukannya sendiri, anda perlu melakukannya dari satu bilik ke bilik yang lain, dan mengosongkan setiap bilik sebelum itu.

Tetapi, dengan kontraktor cat, anda mendapat kumpulan pengecat yang boleh melakukan tugas itu dalam masa yang lebih singkat. Ini bermaksud yang bilik-bilik anda tidak disekat pada masa yang lama. Anda boleh menikmati kediaman yang segar dan bukan meninggalkannya pada tahap DIY yang berlainan.

Sebab lain kenapa perkhidmatan mengecat boleh dilakukan dengan lebih pantas adalah kerana mereka ada kelengkapan dan teknik mengecat yang betul. Mahukah anda mengeluarkan wang untuk membeli tangga, tarp, tiang panjang, penggelek, alat penyembur, penampal dinding dan plaster, berus dan banyak lagi, hanya untuk membuat kerja yang cuma dilakukan sekali sahaja untuk setiap beberapa tahun?

Akhir sekali, perkhidmatan mengecat profesional tahu bagaimana hendak menggunakan teknik yang betul bagi memastikan cat anda kekal lebih lama. Ini termasuklah menyediakan dinding dan siling terlebih dahulu dan meletakkan primer serta bahan tampal yang betul.

Harga perkhidmatan mengecat rumah di Lembah Klang

Harga perkhidmatan mengecat bergantung kepada beberapa faktor:

  • Dalaman dan luaran: Dinding luar mungkin memerlukan lapisan tambahan seperti cat asas atau bahan tampal, dan menggunakan cat luar yang sesuai untuk cuaca teruk. Mereka juga perlukan beberapa lapisan untuk memastikan yang warnanya sama rata.
  • Persediaan dinding: Bergantung kepada keadaan dinding atau siling, anda mungkin memerlukan kaedah yang berbeza untuk menanggalkan cat lama. Sebagai contoh, cat luar yang lama mungkin memerlukan perkhidmatan jet air untuk menanggalkannya. Jika tidak, ia akan memberi kesan kepada pegangan lapisan cat yang baru. Jika dindingnya tidak rata, maka ia perlukan perataan. Atau, jika ada rekahan atau lubang pada dinding, mereka perlu mengaup atau mengisinya.
  • Bilik-bilik yang berlainan di dalam rumah: Dapur dan bilik mandi mungkin memerlukan lapisan bahan tampal sebelum dicat. Mereka juga mungkin perlukan cat yang ada bahan anti-fungus.
  • Saiz kawasan dan jumlah lapisan: Secara umumnya, semakin luas kawasan dinding atau siling, semakin banyak cat perlu digunakan. Bergantung kepada jenis cat yang digunakan, anda mungkin perlu menambah jumlah lapisan bagi memastikan liputannya sama rata.
  • Warna: Lapisan ringkas cat putih secara semulajadinya adalah cara yang paling berharga mampu. Tapi jika anda berfikir untuk menambah lebih banyak warna kepada satu bilik, seperti mengecat satu dinding dengan warna biru tua untuk mencipta dinding utama dan selebihnya berwarna putih, kosnya akan meningkat.
  • Kesan: Begitu juga jika anda mahu tukang cat anda mencipta kesan dua tona, corak geometri, atau kesan bertekstur seperti gelekan kain buruk atau span. Kosnya adalah lebih tinggi.
  • Kualiti cat: Jenama cat yang berlainan akan mengiklankan sifat yang berbeza seperti anti-kulat, anti fungus, kemasan pusam atau berkilat, rendah VOC, juga anti nyamuk. Sifat yang berbeza-beza ini akan memberi kesan kepada harga.

Atas: Cat dinding luar rumah mungkin memerlukan perancah dan kelengkapan keselamatan yang lain.

Harga Cat Rumah Asas

Untuk dinding dalaman serba putih menggunakan cat emulsi ICI Maxilite

Maxilite secara umumnya dianggap sebagai cat putih dalaman serba guna. Biasanya digunakan untuk siling. Ia juga boleh digunakan untuk dinding bagi penyediaan lapisan asas warna putih. Jenama lain termasuk Nippon Matex dan Jotaplast oleh Jotun.

Harganya bermula dari:

  • Dalaman (Dinding sahaja): RM2.20 per kaki persegi
  • Dalaman (Dinding dan siling): RM2.20 per kaki persegi
  • Luaran: RM2.80 per kaki persegi

Berdasarkan kepada maklumat di atas, kos mengecat asas untuk pangsapuri pada purata 1000 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi akan bermula dari RM3500.

Jika anda mahu cat putih yang lebih premium seperti Nippon Easy Wash, harga dinding dalamannya boleh meningkat sehingga RM2.50 kaki persegi. Jika anda berniat untuk menggunakan dua warna di rumah anda (sebagai contoh, menggunakan warna yang berbeza pada dinding utama), harganya bermula dari RM2.80 kaki persegi.

House painting-wall painting serviceAtas: Cat dalam rumah akan memerlukan beberapa lapisan untuk kemasan rata.

Untuk dinding serba putih di luar menggunakan Dulux Weathershield

Dulux Weathershield adalah pilihan biasa untuk dinding luar. Produk lain termasuklah Nippon Weatherbond dan Jotun Jotashield.

Walau bagaimanapun, dinding luar hampir selalu akan memerlukan lapisan bahan tampal untuk digandingkan dengan cat. Menyapu bahan tampal sebelum mengecat membantu cat untuk melekat pada dinding dengan lebih baik.

Harga juga boleh pelbagai kerana cat luar perlu menimbang faktor-faktor lain, sebagaimana yang dijelaskan di bawah:

Apabila ia berkenaan dengan cat dinding luar, kita perlu melihat kepada ketinggian rumah, sama ada kita perlukan kelengkapan keselamatan dan perancah, kerana keadaan dinding mungkin memerlukan jet air.

Shaun, wakil firma cat Wallworks (penyedia perkhidmatan Recommend.my)

Dengan kata lain, harga untuk cat dinding luar boleh bermula dari RM5 – 6 per kaki persegi.

Apa yang termasuk dalam perkhidmatan mengecat

Perkhidmatan mengecat profesional biasanya memasukkan item-item ini:

  • Jika kediaman tersebut berpenghuni, pasukan akan menolong mengeluarkan perabot sebelum kerja bermula
  • Selepas perabot dikeluarkan, mereka akan menutup lantai dan perabot terbina dalam untuk melindunginya daripada percikan cat
  • Bagi memastikan sisi yang sama rata, mereka akan melekatkan bingkai pintu dan tingkap dengan pita perekat semasa mengecat dinding dan siling. Begitu juga dengan dinding di sekeliling bingkai. Ia juga dilekatkan dengan pita perekat supaya bingkai boleh dicat.
  • Jika lekapan-lekapan lampu tidak boleh ditanggalkan, contohnya lampu ke bawah yang dibina ke dalam siling plaster kotak L. Mereka juga akan melekatkan pita perekat di sekelilingnya sebelum mengecat. Satu alternatif untuk mengelakkan mengecat lampu secara tidak sengaja adalah dengan melonggarkannya sedikit supaya ia tergantung dari siling bersama kordnya. Ini akan membolehkan penggelek dan berus untuk mengecat di bawah cahaya.

Berapa lama masa yang diambil untuk mengecat rumah?

Secara umumnya, cat dalaman untuk kediaman berkeluasan 1,200 kaki persegi boleh mengambil masa kira-kira  2 sehingga 3 hari jika rumah tersebut kosong. Jumlah masa akan bertambah jika kediaman itu berpenghuni memandangkan perabot yang ada perlu dikeluarkan sebelum kerja bermula.

Tugasan lain yang akan menambah masa tambahan adalah menanggalkan cat yang ada, meratakan dinding, atau mengenakan lapisan. Anda juga perlu memberikan masa untuk primer atau lapisan bahan tampal untuk mengering sebelum menyapu lapisan cat yang sebenar.

Di mana nak mendapatkan kontraktor mengecat rumah yang bagus di Malaysia?
Dapatkan sebut harga untuk projek mengecat rumah anda dengan menghantar butiran anda di Recommend.my. Kami ada beratus-ratus kontraktor berpengalaman yang sedia memberi respons kepada permintaan anda. Semak imbas portfolio hasil kerja mereka melalui platform Recommend.my dan hubungi yang mana anda pilih untuk bekerja dengan anda. Semua kerja yang dibayar melalui Recommend.my turut meliputi jaminan perlindungan kediaman terhadap kerosakan secara automatik, kecurian dan pengabaian kerja.

Dapatkan sebut harga untuk projek cat anda

4 thoughts on “Kos perkhidmatan mengecat dinding di Lembah Klang”

    1. Saya berpegalaman cat rumat.sekolah.pejabat jika anda inginkan pehimatan .saya sedia tugas ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *